{"id":1845,"date":"2015-02-01T23:41:16","date_gmt":"2015-02-01T15:41:16","guid":{"rendered":"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/?p=1845"},"modified":"2015-02-01T23:52:15","modified_gmt":"2015-02-01T15:52:15","slug":"takut-kena-kritik-apa-nak-buat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/takut-kena-kritik-apa-nak-buat\/","title":{"rendered":"Takut Kena Kritik Apa Nak Buat ?"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1846\" src=\"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/kena-kritik-300x214.jpg\" alt=\"kena kritik\" width=\"300\" height=\"214\" srcset=\"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/kena-kritik-300x214.jpg 300w, https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/kena-kritik.jpg 410w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p>Salam Sejahtera..<\/p>\n<p>Kali ini saya ada cerita menarik untuk dikongsikan dengan anda tentang kritikan. Dalam kehidupan seharian sememangnya ada orang yang suka mengkritik kita, kalau kritikan membina mungkin kita boleh terima jika kena caranya tetapi ada orang yang suka memberi kritikan negatif. Malahan ada orang yang memperlekehkan saya, apa lah tulis blog motivasi ni bajet nak jadi pakar motivasi ke ?. Dan sebenarnya terpulang kepada kita untuk buktikan yang kita akan terus berusaha tidak kira apa orang kata ( Ada aku Kisah ) ayat orang muda zaman sekarang. Cerita yang saya ingin kongsikan kali ini adalah cerita Anak dan Ayah Bersama Keldai.<\/p>\n<p>Pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung, ada seorang lelaki yang tinggal bersama dengan anaknya. Lelaki itu bekerja sebagai seorang pencari kayu api. Setiap hari dia dan anaknya dengan ditemani oleh seekor keldai akan memasuki hutan bagi mencari kayu api untuk dijual. Anaknya itu pula mempunyai sikap yang tidak baik iaitu apabila dia menyuruh melakukan sesuatu perkara, dia akan mencari berbagai alasan untuk menyanggah perintah ayahnya.<\/p>\n<p>Dia malu kepada orang yang selalu mengejeknya sebagai seorang pencari kayu api yang dianggap hina. Disebabkan itu dia kerapkali tidak mahu mengikuti ayahnya apabila diajak bersama mencari kayu. Ayahnya pula sangat dukacita dengan sikap anaknya itu yang suka mendengar kata \u2013 kata orang berbanding dirinya sendiri.<\/p>\n<p>Lelaki itupun cuba untuk menyedarkan anaknya. Suatu hari dia seperti biasa mengajak anaknya mencari kayu api. Anak itu dengan berat hati terpaksa juga menuruti kehendak ayahnya. Bersama keldainya mereka lalu berjalan hinggalah sampai ke satu tempat di mana kelihatanlah sekumpulan wanita yang sedang bersembang. Sebaik sahaja tiba di situ salah seorang daripada mereka berkata: \u201c Apalah bodohnya mereka itu, ada keldai tetapi tidak digunakan untuk tunggangan.\u201d<!--more--><\/p>\n<p>Mendengarkan kata \u2013 kata itu dia lalu berkata kepada anaknya: \u201c Hmm.. baiklah engkau naik sahaja keldai ini, biar ayah yang berjalan di hadapan.\u201d Setelah itu mereka berjumpa pula dengan sebuah warung yang terdapat di dalamnya beberapa lelaki tua yang sedang makan dan minum.<\/p>\n<p>Lalu salah seorang daripada mereka berkata: \u201c Sungguh kurang sopan anak itu, adakah patut ayahnya yang sudah tua di suruhnya berjalan sedangkan dia yang masih muda dan kuat sedap \u2013 sedap sahaja berada di belakang keldai.\u201d<\/p>\n<p>Mendengarkan kata \u2013 kata lelaki itu ayahnya lalu berkata: \u201c Hmm.. baiklah anakku, biar aku pula yang naik dan kamu pula yang berjalan.\u201d Di pertengahan jalan mereka bertemu pula dengan sekumpulan anak muda yang sedang bermain \u2013main di satu padang. Salah seorang daripada mereka berkata: \u201c Sungguh tidak patut lelaki itu, adakah patut dia seorang sahaja yang naik di belakang keldainya sedangkan anaknya pula disuruh berjalan.\u201d<\/p>\n<p>Apabila mendengarkan kata \u2013 kata pemuda tersebut, lelaki tersebut lalu berkata kepada anaknya: \u201c Marilah anakku kita sama \u2013 sama menunggang keldai ini.\u201d Lalu mereka berduapun sama \u2013 samalah menunggang keldai tersebut hinggalah berjumpa pula dengan seorang petani yang sedang mencangkul tanah di kebunnya.<\/p>\n<p>Dia lalu berkata: \u201c Sungguh tidak patut kamu berdua menzalimi binatang, adakah patut kamu berdua menaiki keldai yang kecil itu. Tidakkah kamu berdua kasihan terhadapnya. ?<\/p>\n<p>Akhirnya lelaki tersebut mencadangkan mereka berdua memikul sahaja keldai tersebut. Dia lalu mencari sebatang kayu lalu di pancangkan di celah kaki keldai yang sudah diikat. Selepas itu ayahnya berkata kepada anaknya: \u201c Wahai anakku, selepas ini jika apapun kata orang kita mesti meneruskan perjalanan kita. Nah ambil kapas ini dan sumbatkan telingamu supaya kita tidak lagi mendengar sebarang kritikan dari sesiapapun.\u201d<\/p>\n<p>Kedua beranak itu lalu memikul keldai itu hinggalah berjumpa dengan orang kampong yang tertawa melihatkan gelagat mereka. Namun mereka berdua tetap memikul keldai tersebut tanpa memperdulikan apa jua kata orang ramai hinggalah sampai ke tempat yang dituju.<\/p>\n<p>Apabila sampai di tempat yang dituju kedua merekapun melepaskan ikatan keldai tersebut lalu terduduk kepenatan. Lelaki itupun berkata kepada anaknya: \u201c Itulah akibatnya anakku jika kita suka sangat menurut kata orang. Engkau sendiri lihat tadi apa sahaja yang kita lakukan semuanya salah. Ayah harap selepas ini ubahlah sikapmu, janganlah suka mendengar cakap orang, akibatnya kita juga yang keletihan.\u201d<\/p>\n<p>Anak itu memahami bahawa ayahnya sengaja untuk mendidiknya supaya tidak mendengar cakap orang sahaja. Apa yang kita lakukan semestinya atas kehendak kita sendiri. Sekiranya apa yang kita lakukan itu perkara yang membawa kebaikan hendaklah kita teruskan walaupun apa jua yang diperkatakan orang.<\/p>\n<p>Pengajaran daripada cerita ? Lu fikir lah sendiri !<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,19],"tags":[1152,1151,1150],"class_list":["post-1845","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-cerita-motivasi","category-motivasi-diri","tag-anak-dan-ayah-bersama-keldai","tag-saran-dan-kritik","tag-selalu-kena-kritik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1845","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1845"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1845\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1855,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1845\/revisions\/1855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}