{"id":1188,"date":"2012-07-04T08:20:03","date_gmt":"2012-07-04T00:20:03","guid":{"rendered":"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/?p=1188"},"modified":"2012-07-04T08:20:03","modified_gmt":"2012-07-04T00:20:03","slug":"master-dulu-baru-kahwin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/master-dulu-baru-kahwin\/","title":{"rendered":"Master Dulu Baru Kahwin"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-thumbnail wp-image-1189\" title=\"master atau kahwin\" src=\"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/master-atau-kahwin-150x150.jpg\" alt=\"\" width=\"150\" height=\"150\" \/><\/p>\n<blockquote><p>&#8220;bukan mak tak bagi kau kahwin, tapi kalau boleh biarlah ada Master dulu&#8230;&#8221;<\/p><\/blockquote>\n<p>Itu adalah apa yang ibu saya sendiri luahkan mengenai hasrat saya untuk melangsungkan perkahwinan. Hasrat saya dan pasangan untuk bernikah adalah untuk menghalalkan perhubungan kami. Pernah ibu bertanya, kenapa mahu kahwin sedangkan kami masih muda (kami berumur 24 tahun). Saya kini di tahun akhir pengajian manakala pasangan saya sudah bekerja. Ibu juga pernah berpesan, kalau takut zina, berpuasa dan sebagainya. Saya menerima nasihat ibu dan cuba menghindarkan diri dari perbuatan yang dimurkai. Tetapi, semakin hari saya rasakan saya semakin tidak kuat untuk mengharungi cubaan dalam sesebuah perhubungan.<\/p>\n<p>Saya dan pasangan sudah lama mengenali diri masing masing. 2012 menandakan hubungan kami cukup 6 tahun. Kali pertama pasangan saya menyatakan hasrat untuk meminang dan berkahwin ialah pada tahun 2010, ketika itu saya sedang menduduki tahun pertama ijazah selepas tamat diploma. Ibu saya menolak secara keras menyatakan hasrat kepada pasangan bahawa dia ingin melihat saya menggenggam master dahulu dan bekerja, kemudian barulah fikir soal kahwin. Selepas kejadian tersebut, ayah menasihati saya supaya tidak membincangkan perkara sedemikian kepada ibu sebaliknya berurusanlah dengan ayah, kerana dia adalah wali. Maka selepas itu, saya turuti apa yang dinasihati.<!--more--><\/p>\n<p>Pada bulan lepas, pasangan saya menyatakan hasratnya sekali lagi secara serius tentang niatnya. Dan kali ini saya mengambil nasihat ayah dan berpesan kepada pasangan, agar wakil keluarga dari sebelah pasangan dapat menghubungi ayah. Saya mulakan perbincangan dengan ayah dengan perasaan yang cukup berdebar debar, dengan niat untuk meminta izin. Perbincangan ini saya rancang tanpa pengetahuan ibu. Ayah suarakan beberapa kebimbangan mengenai hasrat saya untuk bernikah ketika masih belajar terutamanya kewangan. Tetapi ayah berpesan, fikir sedalamnya dan bertanya, adakah saya benar-benar telah bersedia.<\/p>\n<p>Saya termenung. Namun, seperti ada satu kekuatan yang saya rasa dan saya terus menghubungi ayah.<\/p>\n<p>&#8220;<em>Ayah, jika Sya (bukan nama sebenar) telah fikirkan perkara ini dengan sedalamnya, ayah izinkan syah untuk bernikah?<\/em>&#8221; Soal saya kepada ayah<\/p>\n<p><em>&#8220;Iye&#8230; Ayah izinkan<\/em>&#8220;. Kedengaran suara ayah dari hujung corong ganggang telepon.<\/p>\n<p>Sebaknya perasaan pada ketika itu, saya tak dapat menahanya walaupun saya di tempat awam, namun gugur air mata sebagai seorang anak perempuan yang cukup rapat dengan ayahnya.<\/p>\n<p>Kini, Saya dan pasangan membuat perancangan secara minimal mengikut apa yang kami mampu. Pesan ayah, pasangan saya perlu diperkenalkan secara serius kepada keluarga sebelum ke langkah seterusnya. Saya setuju. Namun, tidak semua yang di rancang, berjalan dengan baik.<\/p>\n<p>Beberapa ketika, ibu kepada pasangan saya telah menghubungi ibu saya dan secara terus terang menyatakan hasratnya untuk melihat saya menggenggam master sebelum berbicara soal perkahwinan. Saya sebak.<\/p>\n<p>Kami merancang untuk khitbah memandangkan saya masih lagi belajar (tahun akhir) dan keadaan kewangan pasangan saya bukanlah bergaji lima angka. Setelah peristiwa terakhir itu, banyak perkara yang membuatkan saya termenung mengenai keputusan kami. Tidak saya ragu ragu dengan niat untuk bernikah, tapi melihatkan dengan apa yang terjadi selepas itu membuatkan saya terfikir, apa yang Allah ingin tunjukkan kepada saya?<\/p>\n<p>Pelbagai ujian yang menimpa seperti membeli cincin yang terpaksa digunakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dan beberapa ujian lain yang adakalanya membuatkan saya terfikir. \u00a0Sejujurnya saya akui, kami bukanlah pasangan yang biasa. Agak luar biasa. Seperti yang sudah menikah tetapi kami tidak ada kad nikah. (kami tidak tinggal bersama dan sebagainya, secara halusnya saya tidak akan dedahkan) tetapi caramana kami melayan diri masing masing seperti pasangan yang sudah bernikah.<\/p>\n<p>Saban hari saya tangisi nasib dan dugaan yang bertimpa ketika solat. Semakin kuat kami nekad untuk nikah, semakin tinggi dugannya. Sehingga saya fikir adakah ini tandanya dia bukan untuk saya? Tetapi dari setiap dugaan yang kami tempuhi, membuatkan kami semakin rapat dan ianya menjadi kekuatan kami. Namun, sehingga kini, dugaan terkuat kami sentiasa adalah berkenaan kewangan.<\/p>\n<p>Adakah saya patut berhenti memikirkan soal kahwin dan terus hidup dalam keadaan begini? Atau terus berusaha? Ibu saya pula tidak bertegur sapa <em>dek<\/em> hal ini. Saya kebuntuan kerana tidak tahu untuk mengadu pada siapa, lantaran menulis artikel di<a href=\"http:\/\/www.iluvislam.com\/undefined\/\" target=\"_blank\">\u00a0<\/a>iliuvislam.com kerana banyak kekuatan yang saya kumpul datang dari sini.<\/p>\n<p>Cuma, sayangnya, ibu bapa saya tidak berpendapat yang sama.\u00a0 Buat masa sekarang, kami sekadar <em>&#8220;go with the flow<\/em>&#8221; tetapi saya khuatir akan terjebak dengan perkara yang tidak dingini sekiranya ini berterusan. Bantulah saya.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"http:\/\/www.iluvislam.com\/inspirasi\/kembara-hidup\/4722-master-dulu-baru-kahwin.html\" target=\"_blank\">iluvislam.com<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[37,53],"tags":[781,780],"class_list":["post-1188","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-motivasi-cinta","category-motivasi-kehidupan","tag-buat-master-atau-kahwin","tag-sambung-belajar"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1188","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1188"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1188\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1191,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1188\/revisions\/1191"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1188"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1188"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1188"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}