KlinikMotivasi.com

Menu Show Menu Hide Menu

Skip to content
  • Hubungi
  • About
  • TV
  • Hantar Artikel

Universiti Edinburgh

Ibu Nur Amalina Che Bakri Sangkal Tohmahan Blog

Posted by Editor Klinik Motivasi on January 4, 2012 and filed under Motivasi Belajar, Motivasi Kehidupan, Motivasi Remaja

SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2

Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Ad

  • Shopee Klinik Motivasi
  • Anda Masih Keseorangan ?

1 Hari 1 Vitamin Motivasi

Klinik Motivasi

Tweets by @klinikmotivasi

Klinik Kewangan

Post Terkini

  • Kenapa Ramai BERCERAI Sebab TikTok?
  • Cara Jadi Kaya Dengan ‘Makan Gaji’ | Alwi Adam – CEO EZAZ Wealth Management
  • Ustaz Adnin Sembang Sinopsis 30 Juz Quran, Harapan & Rahmat
  • Tak Perlu Ikut Adat Melayu yang Menyusahkan Diri Sendiri – Sarina Kak Tam, Usahawan
  • ANAK BILLIONARE GOYANG KAKI
  • Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat, Trauma & Kejayaan
  • 7 Tanda Seorang Itu Benar-benar Kaya Senyap
  • ⁠Isteri PUNCA suami jadi ‘SILENT TREATMENT’?
  • Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran, Kahwin, Cabaran & Kebangkitan
  • Bagaimana Era Baru Dunia Islam Mengubah Dunia
  • RUU MUFTI : MEMPERKASA FATWA & MEMPERKUKUH SYIAR ISLAM
  • Konflik Besar Antara Palestin Dan Israel
  • Al-Asya’irah dan Akidah Ahli Hadis
  • Bagaimana China Menggunakan Budaya Ekstrem Dalam Bekerja
  • Sebenarnya Rakyat Di Malaysia Kebanyakannya Tertekan

Ad

  • Anda Masih Keseorangan ? 0
  • Shopee Klinik Motivasi 0

Categories

© 2026 KlinikMotivasi.com

Powered by Espressionista Theme and WordPress