Jangan Jadi Tin Kosong

tin kosong

Aku mula berkhidmat sejak menjadi tin yang berisi sesuatu, sehinggalah aku dipilih sebagai jenis material yang boleh dikitar semula. Jadi fungsiku tidak pernah berhenti kecuali apabila sudah berkarat.

Permainan Tradisional. Ada perbezaan antara diriku yang berisi susu, biskut dan lain – lain dengan diriku yang tidak berisi apa-apa. Kanak – kanak kampung suka mencariku yang sama saiznya untuk bermain dengan rakan – rakan mereka yang lain. Mereka menyusunku seperti piramid bangunan dan kemudian membalingku dengan selipar.

Setelah binaanku jatuh semua, bertempiaranlah kumpulan yang membaling selipar tadi kerana mereka diserang dengan kumpulan yang satu lagi. Misi mereka ialah menyelamatkan diri dan dalam masa yang sama menyusun aku kembali dalam bentuk bangunan semula seperti mula- mula tadi. Seronok aku melihat mereka bermain permainan seperti itu.

Permainan tradisional lebih menarik jika dibandingkan dengan permainan remaja masa kini; ketagih permainan di telefon pintar dan di komputer. Permainan tradisional membuatkan mereka berpeluh, membina semangat setiakawan, dan paling seronok mereka berpeluang ‘kenal’ pada tanah!

Aku bukanlah mahu bercerita tentang permainan tradisional dan kebaikannya, tetapi sebahagian perasaanku saat selipar terkena pada tubuhku. Bunyi bising yang terhasil ketika mereka melontarkan selipar sedikit mengganggu ketenteraman pendudukan kampung. Perkara ini berbeza apabila mereka mengetuk diriku yang berisi. Bunyi yang terhasil Keep Reading →