Graduan Menganggur.. Salah Siapa ?

Berdasarkan keadaan semasa, kita tidak mahu para graduan dan para pelajar kita, bukan saja lulus dalam paper qualification apabila tamat pengajian mereka, tetapi mereka juga lulus dalam aspek pembangunan diri : memiliki kemahiran tertentu (specialized knowledge), kepintaran emosi, kepintaran sosial, kepintaran kemanusiaan dengan cemerlang dan berkesan.

 

Kita tidak mahu…… lagi setelah tiga atau lima tahun bertungkus-lumus mendapatkan segulung ijazah, mereka hanya lulus peperiksaan, tetapi gagal dalam aspek lain.

 

Itulah yang berlaku ke atas para graduan kita ketika ini. Masih ada lagi graduan yg menganggur, masih mencari kerja, tiada arah tujuan dan masih bergantung kepada saraan ibu bapa.

Bagaimana menangani fenomena ini?

Sumber: Datuk Dr Maznah Hamid

Kejayaan Sebenar

Salam sejahtera…

Kejayaan dalam bentuk kekayaan yang melimpah tidak melambangkan kejayaan. Saya sering menekankan bahawa kita cenderung menggunakan alat pengukur yang keliru dalam menilai kejayaan hidup, dalam menilai kejayaan yang sebenarnya di kalangan manusia.

Wang dan kekuasaan adalah hal-hal sementara di dalam kehidupan dan kadang-kadang  tidak digunakan demi keuntungan umat manusia.

Kejayaan sebenarnya hanya ditemui pada hati lelaki dan wanita tidak kira kaya mahupun miskin, yang mengabdikan dirinya untuk berbuat baik, untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih layak untuk dihuni, tanpa kekacauan, kecuali semata-mata kehangatan hati dan pertumbuhan modal insan. Kejayaan bukanlah pameran diri di depan masyarakat, melaiankan perkhidmatan terhadap orang lain dalam masyarakat.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Mengenal Diri

Salam Sejahtera…

Tuhan mencipta manusia dengan penuh kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian. Setiap manusia pula dibekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Anugerah Tuhan ini sebenarnya boleh dijadikan asas untuk kecemerlangan diri.

Manusia juga mempunyai beberapa kelemahan yang boleh diatasi melalui perubahan sikap dan pemikiran. Malangnya ramai daripada manusia tidak menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu atau untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana kita dapat melakukan sesuatu yang berkesan tanpa berfikir ? Tindakan, perasaan, perlakuan malah kebolehan kita adalah dipengaruhi oleh cara kita melihat dan mentafsirkan diri kita.

Terdapat manusia yang tidak mempunyai kemahiran sepanjang hayatnya kerana gagal atau tidak mempunyai  kemahuan untuk mahir dalam satu-satu bidang. Perkara yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang adalah bergantung kepada tahap mengenali diri sendiri. Orang yang berjaya biasanya terdiri daripada orang yang benar-benar telah memahami dan mengenali diri sendiri. Selagi kita tidak jelas dengan diri sendiri jangan harap kita akan bersedia untuk berubah.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Mengubah Kegagalan

Apa  yang membezakan manusia yang berjaya daripada manusia yang gagal dalam melakukan sesuatu aktiviti seperti pendidikan dan perniagaan adalah bagaimana mereka bertindak balas pada kegagalan. Oleh itu, tindak balas yang mereka lakukan pada kegagalan itu memberikan perbezaan yang besar dalam kehidupan mereka. Ada dua kaedah atau cara manusia bertindak balas pada kegagalan.

Apa yang manusia lakukan apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu? Mereka mula memberikan pelbagai alasan kepada diri sendiri dan menyalahkan orang lain serta menyalahkan keadaan. Mereka mengeluarkan kata-kata seperti berikut Keep Reading →