Memulakan Perniagaan Tanpa Modal Besar

Tentu anda ingin tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan? Apa yang perlu disediakan dan apa pula yang diperlukan sebagai sokongan kepada perniagaan tersebut supaya tidak goyang dikemudian hari.

Baiklah, berkenaan perkara ini saya mempunyai satu tips, iaitu mulakan dengan apa yang yang anda. Maksudnya, jika anda mempunyai wang untuk memulakan perniagaan hanya RM30,000 gunakan sebahagian dari wang tersebut sebagai modal permulaan perniagaan. Kenapa saya katakan hanya sebahagian?

Sekiranya anda menggunakan kesemua wang yang anda ada, dikhuatiri kelak anda tidak akan dapat mampu meneruskan perniagaan tersebut selepas 3-5 bulan pertama.

Modal perniagaan yang ada hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan, sewa premis, pengubahsuaian dan kos pemasaran serta promosi.

Selebihnya, iaitu baki RM15,000 lagi dijadikan sebagai modal pusingan dan untuk menampung perniagaan sekiranya hasil jualan tidak mencapai sasaran. Keep Reading →