Penjual Ikan Segar yang Budiman

Penjual Ikan Segar
Pak Azman sibuk menyiapkan gerainya untuk menjual ikan. Hari ini dia merancang untuk mengiklankan ikan yang dijualnya dengan menggunakan sebuah papan hitam kecil yang tertulis, ‘Di sini Ada Dijual Ikan Segar’.

Tidak lama kemudian, datang Azizan, pengunjung pertama. Setelah Azizan meneliti papan kecil di gerai Pak Azman, dia pun memberi pandangan.

“Begini, Pak Man, Pak Man tak perlu tulis perkataan, “Di sini’ sebab memang Pak Man tak jual ikan ‘ Di sana’, betul tak ?”

Pak Azman mengangguk – angguk setuju dengan pendapat Azizan itu. Tanpa berfikir panjang, dia memadam perkataan ‘Di sini’ dan yang tinggal hanyalah perkataan ‘ Dijual Ikan Segar’.

Selang beberapa minit kemudian, datang pula pengunjung kedua, iaitu Ravi. Setelah terlihat iklan Pak Man, dia terus memberi kan pendapatnya.

“Minta maaf, Pak Man. Rasa – rasanya tak perlulah Pak Man tulis perkataan ‘Segar’ pada papan tulis tu sebab memang semua orang tahu ikan yang Pak Man jual segar – segar belaka!” Keep Reading →