Nasihat daripada Anak yang Berpelajaran Tinggi

nasihat salah daripada pakar
Dia ialah seorang bapa yang gigih, bekerja kuat siang dan malam. Dia menjual sosej dan burger di tepi jalan untuk membiayai anaknya agar mendapat pendidikan tinggi di universiti luar negara. Dia meletakkan pendidikan sebagai agenda nombor satu keluarga.

Namun dia seorang yang buta huruf. Jadi dia tidak pernah membaca surat khabar. Dia juga seorang yang pekak. Jadi dia tidak pernah mendengar radio sementara matanya rabun, jadi dia tidak pernah menonton televisyen. Oleh sebab itu, penjual sosej dan burger ini langsung tidak tahu apa – apa yang berlaku di luar sana.

Atas kerja kuatnya, perniagaan tepi jalannya itu berkembang pesat. Penjualan dan keuntungannya melonjak tinggi. Dia memesan lebih banyak daging, membeli sebuah lagi dapur yang bagus dan besar serta mendapatkan seseorang untuk membantunya kerana bisnes yang semakin baik. Kemudian, anak lelakinya yang baru menamatkan pengajian di universiti turut membantunya sementara mendapatkan pekerjaan di bandar besar.

Anak lelakinya bertanya kepadanya, “ Ayah, tidakkah ayah sedar bahawa ekonomi meleset akan tiba?”
Ayahnya membalas, “Tidak. Beritahulah ayah mengenainya. “

Si anak berkata, “Situasi antarabangsa sudah teruk. Di dalam negara lagi teruk. Kita perlu membuat persediaan untuk berhadapan dengan masa kegawatan kelak.” Keep Reading →