Mengenal Diri

Salam Sejahtera…

Tuhan mencipta manusia dengan penuh kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian. Setiap manusia pula dibekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Anugerah Tuhan ini sebenarnya boleh dijadikan asas untuk kecemerlangan diri.

Manusia juga mempunyai beberapa kelemahan yang boleh diatasi melalui perubahan sikap dan pemikiran. Malangnya ramai daripada manusia tidak menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu atau untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana kita dapat melakukan sesuatu yang berkesan tanpa berfikir ? Tindakan, perasaan, perlakuan malah kebolehan kita adalah dipengaruhi oleh cara kita melihat dan mentafsirkan diri kita.

Terdapat manusia yang tidak mempunyai kemahiran sepanjang hayatnya kerana gagal atau tidak mempunyai  kemahuan untuk mahir dalam satu-satu bidang. Perkara yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang adalah bergantung kepada tahap mengenali diri sendiri. Orang yang berjaya biasanya terdiri daripada orang yang benar-benar telah memahami dan mengenali diri sendiri. Selagi kita tidak jelas dengan diri sendiri jangan harap kita akan bersedia untuk berubah.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Merancang Perjalanan Anda

Salam Sejahtera…

Anda perlu mengatur perjalanan kehidupan anda dengan begitu teratur sekali. Ini adalah perjalanan yang paling penting dalam hidup anda dan sudah tentu anda mahu merancang perjalanan atau merancang proses menuju matlamat hidup anda dengan cara saintifik.

Disini saya cuba berikan satu analogi, jika anda hendak mengubah diri anda untuk menjadi lebih baik. Bayangkan sekarang anda adalah seorang arkitek. Apakah langkah yang perlu diambil oleh seseorang arkitek untuk membina semula sebuah bangunan ? :

  1. Menentukan apakah yang ingin anda capai.
  2. Memikirkan perkara-perkara ingin anda capai.
  3. Memikirkan perkara-perkara yang ingin dialih daripada bangunan itu supaya anda dapat melaksanakan rancangan untuk pembinaan semula.
  4. Anda perlu memusnahkan sesuatu sebelum anda mula membina semula bangunan baru.

Cuba kaitkan proses diatas dengan rancangan yang anda ikuti di dalam membina semula kehidupan anda. Anda akan membuat keputusan apakah yang anda tidak ingin sebelum menentukan apakah yang anda mahu. Seterusnya, menulis rancangan anda di atas sehelai kertas supaya anda dapat mengkaji dan menyempurnakannya.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Mengenali Personaliti Diri

Salam Sejahtera…

Setiap daripada kita adalah berbeza di antara satu sama lain. Setiap individu adalah unik. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh persekiran dan perwarisan yang berbeza menjadikan kita berbeza-beza. Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik. Ia terus berkembang dan boleh berubah.

Konsep personaliti sebenarnya merangkumi semua unsur yang bersifat psikologi yang terdapat dalam pemikiran, persepsi, fobia, pencapaian, motivasi, sikap, nilai, kepercayaan, keupayaan, perangai, tabiat dan watak.

Mengenal pasti personaliti diri adalah merupakan satu aset yang amat penting dalam diri kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Kebanyakkan daripada kita tidak menyedari langsung tentang personaliti yang terdapat dalam diri kita.

Walaupun kadang kala kita merasakan diri kita sebagai orang yang pemalu tetapi pada pandangan orang lain kita tidaklah seperti yang kita sangkakan. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Kajian-kajian dalam bidang psikologi mengenai personaliti telah banyak dibuat di seluruh dunia.

Sekian dahulu untuk kali ini…

Cara-cara Membentuk Sikap Positif

 

Salam sejahtera..

Kali ini kita akan membincangkan tentang motivasi diri sikit iaitu cara-cara membentuk sikap positif yang saya petik dari buku Panduan dan Strategi Motivasi Diri. Pembentukan sikap positif adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan diamalkan mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tempat. Cara berikut boleh dijadikan panduan dan membantu seseorang itu memupuk, membentuk dan mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan:

Pertama: Mulakan setiap hari dengan tabiat yang positif seperti bersyukur kerana masih boleh meneruskan kehidupan, senyum, ceria, mendengar berita yang positif seperti mendengar berita, mengucapkan salam atau selamat sejahtera kepada orang lain.

Kedua: Baca sesuatu yang boleh memberi ispirasi sama ada dalam bentuk ayat, perkataan, mesej atau cerita, buku, laman web dan sebagainya. Ini turut memberi semangat dan keyakinan diri di samping memupuk sikap positif.

Ketiga: Bertemu dan bergaul dengan mereka yang turut mempunyai sikap yang positif termasuklah mereka yang boleh memberi galakan, kata-kata perangsang, inspirasi dan dorongan.

Keempat: Buatlah yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru. Tanamkan komitmen dan dedekasi dalam apa sahaja perkara yang dibuat.

Kelima: Menghargai setiap apa yang ada disekeliling seperti di tempat kerja, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekian dahulu untuk kali ini. Wasalam…

Motivasi diri yang tinggi

Untuk berjaya, setiap insan itu memerlukan perubahan. Mereka perlu berhadapan dengan perubahan yang akan menjadikan diri mereka ingin kejayaan dan kecemerlangan menyinari kehidupan mereka. Perubahan yang dilakukan memerlukan motivasi dalaman yang mantap untuk memastikan perubahan yang dilakukan sentiasa konsisten dan membuahkan hasilkan yang membanggakan.

Hari ini kita dikenalkan dengan tokoh – tokoh atau public figure yang masing – masing dikatakan berjaya dalam kerjaya masing – masing. Dalam bidang perniagaan, hampir semua daripada kita mengenali Tan Sri Sheikh Mohktar al –Bukhar. Keep Reading →