Teknik Sebenar Membuang Tabiat Buruk

pilih tabiat kita

Seorang hartawan runsing memikirkan anaknya yang memiliki beberapa tabiat buruk. Walaupun belum menimbulkan masalah yang besar, beliau tetap khuatir. Jika dibiarkan tanpa ditangani, anak lelaki tunggalnya yang akan mewarisi sebahagian besar hartanya serta mengurus perniagaannya bakal bertukar menjadi remaja bermasalah.

Lantas, hartawan tersebut meminta bantuan seorang ahli psikologi sebuah universiti tempatan, iaitu Profesor Hisyam.

Sarjana itu diminta untuk menghabiskan masa hujung minggunya bersama keluarga dan anak hartawan berkenaan di kediaman mereka di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Pada hari pertama, setelah menghabiskan masa berbual – bual dengan hartawan berkenaan bersama isteri serta anak mereka secara berasingan, maka Profesor Hisyam lebih jelas akan masalah yang berada di hadapannya.

Dalam usaha mengenali remaja tersebut dengan lebih mendalam lagi, Profesor Hisyam membawa remaja itu bersiar – siar di kebun bunga di sekitar rumah hartawan berkenaan. Kebetulan taman bunganya agak semak dan kurang terurus kerana sudah dua minggu tukang kebun balik ke kampung menziarahi ibunya yang sakit.

Tiba – tiba sarjana psikologi itu menghentikan langkahnya lalu mengajak remaja itu mencabut pokok – pokok kecil yang tumbuh di situ. Remaja itu memegang tumbuhan kecil itu antara ibu jari dengan jari telunjuknya sebelum mencabutnya.

Sarjana itu kemudiannya meminta dia menarik pokok renek. Remaja itu menarik pokok tersebut dengan kuat dan pokok itu tercabut keluar, beserta keseluruhan Keep Reading →