
Dulu-dulu perkataan ‘popular’ dan ‘populariti’ hanya digunakan apabila bercakap tentang ahli-ahli politik, penyanyi, dan bintang filem. Dulu-dulu, populariti adalah di luar jangkauan orang biasa kerana hanya segelintir manusia sahaja yang foto dan cerita mereka masuk media massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan radio.
Pada hari ini teknologi media sosial menjadikan semua orang berhak menjadi popular. Populariti kini adalah modal sosial yang sangat berharga dalam dunia bisnes. Orang bisnes pun, khususnya yang masih muda-muda, bersungguh-sungguh belajar bagaimana mahu membangunkan populariti mereka dalam media sosial. Nak jadi pendakwah pun kena popular sekarang ni. Lebih senang menjual bila semakin popular.
Popular penting untuk bina pengaruh. Pengaruh penting untuk bina pengikut tegar dan setia serta ianya sangat penting bagi orang bisnes. Bangunkan ‘personal branding’ dan lakukan ‘free cost marketing’ Peranan media sosial sebagai alat kerja orang bisnes semakin hari semakin penting. Kita mesti belajar strategi, teknik, dan seni menggunakan media sosial bagi memulakan dan mengembangkan bisnes kita.
Kita perlu melakukan eksperimen demi eksperimen bagi mengetahui bagaimana penggunaan media sosial dapat menghasilkan ROI yang dimahukan. Semua orang mesti melakukan eksperimen sendiri. Ini kerana kita mempunyai agenda kita sendiri, yang belum tentu serupa dengan agenda orang-orang lain. Keep Reading →