
Bukan sedikit anak gadis yang resah menunggu kehadiran jodoh mereka, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat. Ketika tumpuan kepada pembelajaran telah beralih kepada pekerjaan, ketika alam belajar berubah ke alam bekerja, perasaan resah itu kian menjadi-jadi. Lazimnya, yang paling terhimpit dengan keresahan seperti ini adalah dari kalangan wanita yang tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa paras. Bahasa mudahnya, tidak cantik.
Ada atau tidak jodoh untuk mereka? Itu persoalan yang seringkali menghantui hidup mereka. Apatah lagi apabila melihat teman-teman seusia mereka seorang demi seorang melangkah ke alam rumahtangga. Alangkah bertuahnya mereka, sedangkan diri sendiri semakin hari terasa semakin sunyi. Drama, filem dan novel tidak mampu menyelami perasaan dan hati mereka. Ketika mereka menangis menonton filem dan kisah cinta, mereka sedar yang mereka hanya layak menjadi pemuja, bukan ‘pemilik’ cinta itu. Perasaan iri hati kian hebat menekan jiwa dan sensitiviti mereka.
Akhirnya timbullah persoalan. Sampai bila harus menunggu? Apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan jodoh? Kerana diri juga mahu dimiliki, disayangi. Mahu juga bergelar isteri kepada suami dan ibu kepada putra putri yang comel. Soalnya, bagaimana? Keep Reading →