Anda Berkuasa Apabila…

Sebuah buku menarik tulisan pakar motivasi negara kita Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Md. Yadi Said terutama dalam bidang kepimpinan organisasi.

Buku Anda Berkuasa Apabila… ? membincangkan pendekatan dan teori berkaitan dengan kuasa. Ia juga menyediakan panduan dan kaedah lengkap bagi menggunakan kuasa dalam organisasi. Antara perkara yang menarik yang disentuh dalam buku Anda Berkuasa Apabila…? adalah:

  • Dimensi kuasa
  • Bagaimana kuasa berlaku dalam organisasi
  • Hubungan antara kuasa dan komunikasi
  • Taktik pengaruh dan komunikasi
  • Aplikasi kuasa dan kaitannya dengan budaya

Buku ini sesuai dibaca oleh individu yang mempunyai komitmen dan jawatan dalam mana-mana organisasi.

Kejayaan Sebenar

Salam sejahtera…

Kejayaan dalam bentuk kekayaan yang melimpah tidak melambangkan kejayaan. Saya sering menekankan bahawa kita cenderung menggunakan alat pengukur yang keliru dalam menilai kejayaan hidup, dalam menilai kejayaan yang sebenarnya di kalangan manusia.

Wang dan kekuasaan adalah hal-hal sementara di dalam kehidupan dan kadang-kadang  tidak digunakan demi keuntungan umat manusia.

Kejayaan sebenarnya hanya ditemui pada hati lelaki dan wanita tidak kira kaya mahupun miskin, yang mengabdikan dirinya untuk berbuat baik, untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih layak untuk dihuni, tanpa kekacauan, kecuali semata-mata kehangatan hati dan pertumbuhan modal insan. Kejayaan bukanlah pameran diri di depan masyarakat, melaiankan perkhidmatan terhadap orang lain dalam masyarakat.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Kemahiran Membaca Nur Amalina

Salam Sejahtera…

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Amalina ?  Nur Amalina adalah Tokoh Nilam Kebangsaan 2004 yang di menangi setelah menewaskan 70 peserta di dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur.

Beliau berbekalan kejayaan membaca 547 buah buku (455 buah buku berbahasa Melayu dan 92 buah buku berbahasa Inggeris ) dalam masa lima tahun, dari Tingkatan 1 hingga  Tingkatan 5 ( purata dua buah buku seminggu ).

Tidak hairanlah Nur Amalina mendapat jolokan ‘ulat buku’ di kalangan rakan-rakannya. Menurut ibunya, beliau membelikan Nur Amalina banyak buku cerita sejak kecil. Sehingga kini buku-buku itu menjadi koleksi peribadi Nur Amalina dan disimpan dengan kemas di dalam dua buah almari.

Nur Amalina sentiasa membaca buku tanpa mengira tempat dan masa. “ Setiap kali membaca, pengetahuan saya akan bertambah dalam banyak perkara. Tetapi saya merasakan semakin banyak yang saya tidak tahu. Sebab itu saya terus membaca dan membaca,” ujar beliau.

(Diubahsuai daripada buku Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina)