Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya

Walaupun pinjaman PTPTN atau biasiswa telah diberikan namun begitu dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi sememangnya masih tidak mencukupi. Oleh sebab itu, mereka mula mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami oleh mereka.

Menurut kamus dewan edisi keempat, perkataan “Kerja Sambilan” membawa maksud kerja yang dibuat disamping kerja biasa atau kerja tetap yang lain. Bagi seorang pelajar, tugas utama mereka ialah belajar dan menumpukan perhatian mereka terhadap aspek akademik, manakala bekerja sambilan pada waktu lapang bertujuan untuk menambah duit saku ataupun mencari pengalaman kerja.

Jika dilihat dari sudut positif, bekerja sambilan dapat melatih mahasiswa untuk berdikari. Keinginan untuk bekerja itu datang daripada diri masing-masing.Bagi sesetengah pelajar mereka tidak mahu membebankan ibu bapa mereka dengan masalah yang dialami oleh mereka. Justeru itu mereka mengambil inisiatif sendiri dengan bekerja sambilan bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa mereka. Keep Reading →