Tujuh Petua Orang Kaya Simpan Duit

Formula simpan duit

Artikel ini diadaptasi dari laman web lifehack.org dan disesuaikan dengan budaya pengurusan kewangan dalam masyarakat Malaysia.

Terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.

1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2. Fokus kepada masa depan.

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3. Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.
Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih

Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan. Keep Reading →

5 Tip Kawal Kewangan

Klinik Motivasi Kewangan
Tip – tip di bawah yang penulis ambil dari artikel yang disiarkan oleh media arus perdana yang ditulis oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.

Tip – tip ini tidak akan berkesan jika anda tidak mengamalkannya dan terus boros berbelanja dan gagal mendisplinkan diri untuk berbelanja mengikut nafsu. Bagi membantu anda menjimatkan belanja dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, disarankan:

Kurangkan Makan Di Luar

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3 kali kos menyediakan makan sendiri di rumah adalah lebih baik jika anda makan dahulu di rumah sebelum keluar.

Membawa bekal ke pejabat juga salah satu cara untuk anda mengurangkan makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan serta memberikan lebihan wang yang anda ada sehingga hujung bulan.

Catat Perbelanjaan

Catat perbelanjaan harian anda, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Kaedah ini boleh memberikan anda maklumat untuk mengawal trend perbelanjaan harian. Cara ini juga membantu anda mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. Hari ini anda belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, di waktu itu anda dapat mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk dan mengubahnya. Keep Reading →