5 Tip Kawal Kewangan

Klinik Motivasi Kewangan
Tip – tip di bawah yang penulis ambil dari artikel yang disiarkan oleh media arus perdana yang ditulis oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.

Tip – tip ini tidak akan berkesan jika anda tidak mengamalkannya dan terus boros berbelanja dan gagal mendisplinkan diri untuk berbelanja mengikut nafsu. Bagi membantu anda menjimatkan belanja dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, disarankan:

Kurangkan Makan Di Luar

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3 kali kos menyediakan makan sendiri di rumah adalah lebih baik jika anda makan dahulu di rumah sebelum keluar.

Membawa bekal ke pejabat juga salah satu cara untuk anda mengurangkan makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan serta memberikan lebihan wang yang anda ada sehingga hujung bulan.

Catat Perbelanjaan

Catat perbelanjaan harian anda, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Kaedah ini boleh memberikan anda maklumat untuk mengawal trend perbelanjaan harian. Cara ini juga membantu anda mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. Hari ini anda belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, di waktu itu anda dapat mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk dan mengubahnya. Keep Reading →