Rahsia Kuasa Talak di Tangan Lelaki

Kuasa talak secara langsung terletak di tangan lelaki sahaja. Walaupun tidak ada sebab, pihak isteri juga mempunyai kuasa talak walaupun secara tidak langsung seperti isteri boleh menuntut fasakh, menebus talak dan sebagainya.

Antara hikmah lelaki diberi kuasa penuh talak kerana:

  1. Lelaki mempunyai hak kepimpinan dan pengendalian dalam urusan rumah tangga dan ia bertanggungjawab penuh dalam urusannya.
  2. Pada amnya, lelaki lebih cermat dan lebih tabah hati menempuh kesukaran dari kaum perempuan. Mereka mempunyai pandangan yang jauh dalam urusan rumah tangga dan lain-lain perkara. Disini tidak bererti Islam memandang rendah darjat kaum perempuan, malah mereka memegang peranan penting dalam masyarakat iaitu mengikut kadar yang patut dengan keadaan mereka itu.

Sumber : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia oleh Dato’ Dr Haron Din.

Jakim: Satu Perceraian Pada setiap 15 minit

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya, semalam.

Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta Keep Reading →