PENAMPILAN wanita kepada empat cahaya mata ini cukup sederhana. Tanpa secalit solekan mahupun gincu pada bibir, wanita berdarah campuran India di sebelah datuk dan Cina sebelah nenek ini masih menawan dengan mengenakan padanan blaus dan skirt labuh.
Walaupun bergelar isteri kepada jutawan Internet, Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi, 34, atau lebih dikenali sebagai Irfan Khairi, Shazrina Yusof, 36, tidak pernah menjadikan status diri untuk bermegah-megah atau tampil mewah sama ada dalam penampilan mahupun kehidupan.
Buktinya, walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), dia tidak pernah mempunyai pembantu rumah, malah menguruskan anak-anak dan keluarga dengan bantuan suami.
Walaupun berpendapatan mencecah lima angka sebulan, bagi pasangan suami isteri ini menguruskan keluarga dengan melihat anak-anak membesar di depan mata adalah pengalaman paling berharga dan sukar dicari ganti.
“Saya sendiri memilih untuk menjaga anak-anak tanpa mengambil pembantu rumah atau menghantar mereka ke rumah pengasuh. Ini kerana ketika melahirkan anak pertama di England, semuanya saya uruskan sendiri dan selepas berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan menjaga anak bersama-sama selepas kembali ke Malaysia,” kata Shazrina.
Sebagai Pengarah Urusan IKSB yang menjaga pengurusan syarikat termasuk kewangan dan pentadbiran, setiap hari masanya padat diisi dengan urusan pejabat dan kerja rumah.
Rutin harian Shazrina bermula seawal jam 5 pagi dengan menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap kemudian menghantar empat anaknya, Ilham Abadi, 10, Kasih Kamilia Abadi, 8, Ikhlas Abadi, 6 dan Cinta Strawberry Abadi, 4, ke sekolah. Keep Reading →