5 Perkara Penting Untuk Wanita ke Syurga

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmatAllah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat bu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak sedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian, sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

Sumber: www.islamituindah.my

Mutiara Kata Pagi: Banyak Tidur Tanpa orang Gagal dari Hisyam Den

Mutiara Kata Pagi:  Banyak tidur tanpa orang gagal dalam kehidupan mereka dari Hisyam Den Assalamualaikum, hari ini tips saya pendek sahaja. Iaitu rahsia kegagalan. Apakah rahsia yang menyebabkan seseorang itu gagal dan tidak mencapai apa yang dikehendaki dalam hidupnya. Apa yang membuatkan seseorang itu tidak berjaya.

Rahsianya adalah:

“Rahsia kegagalan adalah tidur lebih daripada 8 jam sehari. Cuba lihat orang yang berjaya dan berapakah jam yang digunakan untuk tidur. Rata-rata orang dewasa tidur sekitar 5 hingga 7 jam sahaja sehari.”

Tips yang sama telah dikongsi oleh beberapa buku yang pernah dibaca dan beberapa tokoh yang telah melakukan kajian dan dianalisis. Bangunlah awal dan mulakanlah bekerja. Sebab itulah agaknya dikatakan murah rezeki. Keep Reading →