Ujian Minda Ke Atas Tiga Beradik

lilin
Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki tua dan tiga orang anak lelakinya. Si ayah sudah lanjut usia dan tinggal bersama anak – anaknya di sebuah pondok usang dan kecil di atas sekeping tanah yang luasnya ibarat sekangkang kera. Lelaki tua yang miskin itu memanggil ketiga – tiga anak lelakinya menemuinya.

Kata lelaki tua itu, “ Ayah tidak mampu untuk membahagikan harta ayah kepada kalian dengan mencukupi kerana ia terlalu sedikit. Jadi sebelum ayah menghembuskan nafas yang terakhir, ayah telah memutuskan untuk memberikan kepada seorang sahaja anak ayah.”

Ketiga – tiga anaknya mendengar dengan penuh khusyuk tanpa apa – apa soalan.

“ Di atas meja itu ada sembilan keping wang syiling,” kata lelaki tua itu. “ Ayah mahu kamu bertiga mengambil tiga keping syiling setiap seorang dan dengan syiling itu, kamu perlu membeli apa – apa saja yang dapat memenuhi seluruh ruang pondok kecil ini.

Balik ke sini semula esok. Sesiapa antara kamu yang berjaya berbuat demikian akan mendapat harta ayah untuk dijadikan miliknya.”

Tanpa membantah atau meminta penjelasan lanjut daripada ayah mereka, tiga beradik itu mengambil tiga keping wang syiling setiap seorang lalu beredar dari situ. Mereka mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dibentangkan oleh ayah mereka.

Secara berasingan, anak pertama dan kedua pergi ke segenap kampung untuk mendapatkan barangan yang sesuai untuk menjayakan tugas yang diberikan. Keep Reading →