Barangkali ramai yang cemburu melihat bos.
Gaji besar. Kereta besar. Rumah besar.
Kita yang di bawah ini lah yang kena kerja keras. Bos tahu siap sahaja. Seronok jadi bos ni kan. Kaya. Hidup senang. Tiada masalah nak pergi melancong tiap-tiap tahun dengan keluarga.
Hakikat sebenar, tiada siapa tahu.
Kita selalu tengok ‘kekayaan’ dari simbol. Gaya. Mutu. Keunggulan.
- Dia pakai kereta sport BMW. (Hutang kereta tu berapa lama?)
- Rumah dia besar. Banglo 8,000 kaki persegi. (Berapa bayar hutang rumah sebulan?)
- Kad kredit platinum. (Berapa baki hutang kad kredit dia?)
- Beg tangan Prada. (Beli tunai ke hutang tu?)
- Anak kahwin buat di hotel. (Hutang lagi?)
Yang kita nampak itu adalah simbol kekayaan. Beban. Banyak yang dibeli dengan berhutang.
Tunggu lah ketika usia persaraan dah dekat. Bila pencen hanya kira gaji hakiki akhir. Elaun sudah tiada. Bila gaji bulan-bulan sudah tiada. Hanya tinggal duit KWSP. Tersentap atau boleh rileks lagi?
Kalau kita masih dapat tersenyum menjelang usia persaraan, kita dah buat perkara yang betul waktu kita muda. Beruntunglah kita.
Sumber: pakdi.net
