- Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
- Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
- Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
- Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
- Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika Keep Reading →