Pengajaran Daripada Hari Semalam

Hisyam Den
Kita sewajarnya mengambil pengajaran daripada hari semalam dan hari – hari yang lepas. Ini kerana, malam dan siang sudah berlalu telah menukarkan setiap yang baru menjadi lusuh, menambahkan usia kita, iaitu muda menjadi tua, dan selepas tua kita akan meninggal dunia.

Masa adalah sesuatu yang pantas perjalanannya. Sekiranya ia sudah berlalu, ia tidak kembali dan tidak boleh diganti lagi. Oleh itu, ia adalah ‘anugerah’ kepada manusia yang paling berharga dan sangat mahal. Sehubungan dengan itu, asas kepada bernilainya masa adalah, ia menjadi bekas kepada segala amalan dan pengeluaran.

Hakikatnya yang perlu kita tahu adalah, masa adalah ‘modal’ sebenar untuk manusia sama ada individu ataupun kumpulan.
Masa bukan hanya seperti emas seperti yang dikatakan oleh orang Melayu kita. Bahkan, ia adalah sesuatu yang lebih mahal daripada emas, permata, dan intan.

“Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya.” – As-Syahid Hasan Al – Banna

Dalam konteks masa yang lain, Hasan Al- Basri ada menyebutkan, “Wahai anak Adam, kamu adalah himpunan hari –hari, setiap kali berlalu satu hari, berlalulah sebahagian daripada kamu.” Keep Reading →