Taubat Lelaki Pembunuh 99 Nyawa

Taubat Lelaki Pembunuh 99 Nyawa
Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang amat terkenal dengan kejahatannya. Kerjanya bersama – sama kawan yang lain ialah merompak, mencuri dan bermacam – macam perbuatan keji yang lain. Namun semua kemaksiatan itu tidak menandingi kejahatannya yang satu ini. Dia merupakan seorang pembunuh yang amat kejam. Dia telah membunuh sebanyak 99 orang.

Semua penduduk di negeri tersebut mengenalinya sebagai pembunuh dan perompak. Mereka takut untuk menasihatinya kerana bimbang nyawa mereka sendiri akan terancam.

Pada suatu hari, timbullah rasa penyesalan di dalam diri lelaki tersebut. Dia berasa insaf di atas segala kejahatan yang telah dilakukan. Dia ingin segera bertaubat dan berhenti daripada pekerjaan kejinya itu. Untuk itu dia telah mendatangi seorang ahli ibadat lalu bercerita kepadanya tentang masa lampaunya yang hitam itu.

Tujuannya adalah untuk mengetahui adakah dia masih boleh bertaubat dan menjadi manusia yang lebih baik. Lelaki itu lalu bertanya: “ Wahai tuan guru, adakah setelah sekian banyak dosa yang aku lakukan itu, Allah masih sudi menerima taubatku?’

Rupanya tuan guru yang dijumpainya itu belumlah lagi cukup ilmu di dadanya. Dia lalu menjawab: “ Wah! Sungguh ramai sekali yang engkau bunuh, sudah tentu Allah tidak akan mengampunkan kamu disebabkan dosamu yang begitu besar?’

Jawapan yang diberikan oleh tuan guru itu sebaliknya menaikkan rasa marahnya. Ini kerana niatnya untuk bertaubat seolah – olah sudah tertutup rapat. Disebabkan rasa marah, dia lalu bertindak membunuh pula guru tersebut sehingga mencukupkan 100 nyawa yang dibunuhnya. Keep Reading →