Kekuatan Minda Manusia

minda

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.” Keep Reading →

Apakah yang memotivasikan anda?

Apakah yang memotivasikan anda?

Ramai juga yang mendapat picu motivasi dari membaca buku-buku ilmiah. Dengan banyak membaca, ia umpama makanan kepada minda. Bila bertambahnya ilmu dalam sesuatu perkara, maka, motivasi juga turut bertambah.

Kita semua mempunyai cara memotivasikan diri yang berbeza. Tiada satu cara sahaja yang mesti kita ikut. Seperti saya, industri muzik menjadi picu motivasi saya. Ada juga yang jadikan filem sebagai picu motivasi seperti filem-filem yang memberi semangat seperti Rocky, Cinderelaman dan Chariots of Fire. Apabila menonton filem-filem sebegini, terus, motivasi memuncak dan bersemangat untuk lakukan sesuatu. Keep Reading →