Menyeru Jodoh Cara Halal

seru jodoh cara halal

Doa saya buat pembaca yang dikasihi Allah, moga sentiasa dihadiahkan kesihatan rezeki yang baik dari hari ke hari. Semoga kebahagiaan juga semakin jinak dengan para pembaca.

Umat manusia sudah sedia maklum, bahawa insan sempurna tidak akan pernah wujud di atas muka bumi ini. Mengapa? Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah yang mutlak. Kita tidak boleh menjadi sempurna, apatah lagi mengharapkan pasangan yang sempurna. Walau apapun, kita masih mempunyai satu, dua, tiga malah banyak cara untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Sewaktu dalam proses pemilihan jodoh, elakkan diri sendiri menjadi seorang yang ‘perfectionist’. Adalah tidak adil jika segalanya kita mahukan yang ‘perfect’ dari pasangan. Sedangkan kita sendiri punya kekurangan, yang mungkin sukar diterima oleh orang lain. Keep Reading →