Usahakan Bisnes Fi Sabilillah

Islamic-Business-Jihad-mixing-business-with-Islamic-causes

“Mustahil capai transformasi ekonomi menuju ke tahap negara maju tanpa kejayaan bisnes milik Melayu dan umat Islam warga majoriti Malaysia.” Itulah antara inti pati mesej ceramah saya di Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran bersama Radio IKIM-FM dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) minggu lalu di Kompleks IKIM, Kuala Lumpur.

Konvensyen dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM yang turut menyampaikan ucaptama. Dewan Konvensyen dipenuhi lebih 300 peniaga dan ahli bisnes sehingga ada yang terpaksa ditempatkan di ruang lain, mengikuti acara menerusi saluran video. Majoriti peserta terdiri daripada pendengar dan pengikut setia program mingguan “Inspirasi Usahawan” siaran Radio IKIM-FM setiap Selasa jam 3 petang.

Mustahil perkasa jika bisnes nafsi-nafsi

Dalam kata lain, warga bisnes Melayu-Muslim berperanan kritikal dalam usaha memperkasa ekonomi: “Dalam memperjuangkan ekonomi, ahli bisnes berperanan lebih penting daripada politik, kerana di bawah sistem pacuan bisnes kuasa politik dan dasar kerajaan semata-mata tidak berupaya memperkasa ekonomi Melayu.” Saya juga tegaskan: Mustahil ekonomi Melayu, Bumiputera dan umat Islam diperkasa selagi bisnes tidak dijadikan “sembilan per sepuluh” sumber rezeki dan ahli bisnes Melayu tidak membudayakan jaringan persepakatan bisnes.

Paling penting, usahawan dan peniaga Melayu-Muslim tidak bertindak nafsi-nafsi, iaitu menjayakan bisnes sendirian dengan “menjaga periuk nasi masing-masing” tanpa berpadu tenaga dan berkongsi sumber, bersepakat bertindak atas dasar kerjasama dan bermuafakat. Tanpa muafakat bisnes Melayu sangat lemah daya saing, mudah ditewaskan dan pada jangka panjangnya payah dikembangkan secara tersusun dan berorganisasi bersaing di tahap tinggi. Keep Reading →

Rahsia Kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong

Perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan yang seluruh kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius. Jika kita berani mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Jika tidak, angan-angan hangat tahi ayam ini akan berhenti dipertengahan jalan dan maruah diri sendiri yang terpaksa digadai.

Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan pihak lain. Orang yang bijak dalam perniagaan mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan memiliki semua keinginan dan impian. Seperti memiliki banglo seperti istana, memandu kereta mewah, mempunyai kewangan yang stabil, bercuti di serata pelusuk dunia dengan pelbagai kemudahan lain.

Menjurus kepada topik asal, perniagaan dengan Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan. Disebabkan hal itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan Orang Cina. Golongan ini mampu hidup mewah hasil daripada peluang perniagaan yang diceburi mereka.

Lebih jelas lagi jika kita katakan bahawa sebarang jenis perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh golongan ini. Sejak awal penubuhan Tanah Melayu Keep Reading →