Bila berfikiran negatif adalah baik…

Positive-and-Negative

Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti…

  • Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya
  • Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita
  • Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat  keputusan.

Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Keep Reading →

Graduan Menganggur.. Salah Siapa ?

Berdasarkan keadaan semasa, kita tidak mahu para graduan dan para pelajar kita, bukan saja lulus dalam paper qualification apabila tamat pengajian mereka, tetapi mereka juga lulus dalam aspek pembangunan diri : memiliki kemahiran tertentu (specialized knowledge), kepintaran emosi, kepintaran sosial, kepintaran kemanusiaan dengan cemerlang dan berkesan.

 

Kita tidak mahu…… lagi setelah tiga atau lima tahun bertungkus-lumus mendapatkan segulung ijazah, mereka hanya lulus peperiksaan, tetapi gagal dalam aspek lain.

 

Itulah yang berlaku ke atas para graduan kita ketika ini. Masih ada lagi graduan yg menganggur, masih mencari kerja, tiada arah tujuan dan masih bergantung kepada saraan ibu bapa.

Bagaimana menangani fenomena ini?

Sumber: Datuk Dr Maznah Hamid

Kejayaan Sebenar

Salam sejahtera…

Kejayaan dalam bentuk kekayaan yang melimpah tidak melambangkan kejayaan. Saya sering menekankan bahawa kita cenderung menggunakan alat pengukur yang keliru dalam menilai kejayaan hidup, dalam menilai kejayaan yang sebenarnya di kalangan manusia.

Wang dan kekuasaan adalah hal-hal sementara di dalam kehidupan dan kadang-kadang  tidak digunakan demi keuntungan umat manusia.

Kejayaan sebenarnya hanya ditemui pada hati lelaki dan wanita tidak kira kaya mahupun miskin, yang mengabdikan dirinya untuk berbuat baik, untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih layak untuk dihuni, tanpa kekacauan, kecuali semata-mata kehangatan hati dan pertumbuhan modal insan. Kejayaan bukanlah pameran diri di depan masyarakat, melaiankan perkhidmatan terhadap orang lain dalam masyarakat.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Aku Pasti Akan Berjaya

Salam Sejahtera…

Untuk berfikiran positif dalam mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan, saudara perlu mengamalkan ungkapan seperti ‘Dengan sedikit usaha lagi, aku pasti berjaya’. Hal ini walaupun nampak seperti perkara yang remeh tetapi dengan menukarkan  ungkapan tersebut akan membawa perubahan yang besar dalam diri anda. Contohnya saudara menggantikan kata-kata yang tidak mempunyai pendirian seperti “Sudah cuba tetapi tidak berjaya.” dengan ungkapan “dengan sedikit usaha lagi, aku pasti berjaya”.

Lazimnya individu yang gagal adalah dalam kalangan mereka yang cepat putus asa. Mereka akan sentiasa mengulangi perkataan “sudah cuba tetapi gagal” kerana kata-kata sedemikian dijadikan sebagai “pendiding” untuk mengaburi mata orang lain bahawa kesalahan dan kegagalan tersebut bukanlah secara mutlaknya disebabkan oleh mereka. Mereka ini seolah-olah ingin menagih simpati daripada orang lain bahawa segala usaha telah dibuat tetapi mereka tetap gagal yang mana menunjukkan bahawa faktor kegagalanlah yang menyebabkan mereka kecundang.

Jelaslah bahawa orang yang gagal ini telah membuntukan fikiran dengan tidak mahu lagi mencari jalan untuk menangani masalah tersebut. Sepatutnya mereka mengubah kepada perkataan yang lebih positif yang boleh membangkitkan usaha untuk mencapai apa yang diimpikan iaitu ‘Dengan sedikit usaha lagi, aku pasti berjaya”. Hal ini bermakna seseorang perlu berusaha lebih bagi memastikan apa yang dihajati akan tercapai. Dalam istilah orang berjaya, mereka tidak cepat mengalah kerana mereka sentiasa mengenal pasti bahawa ada jalan lain yang boleh membantu mereka dalam menghadapi rintangan.

Sekian sahaja untuk kali ini…