Berniaga cara Rasulullah Mengutamakan keberkatan daripada keuntungan

Usahawan
Tidak lagi dianggap pilihan terakhir bagi golongan yang sukar menerima pekerjaan, menceburi bidang perniagaan kini semakin popular dalam kalangan masyarakat bukan sahaja bagi yang kurang dalam pencapaian akademik malah daripada pelbagai golongan.

Sehinggakan berniaga turut dilakukan oleh mereka yang telah mempunyai pekerjaan tetap sebagai menjana pendapatan sambilan, berikutan pulangan serta peluang memperoleh keuntungan yang memberangsangkan.

Tanpa kekuatan ekonomi, Islam juga akan dipandang rendah oleh masyarakat bukan Islam secara tidak langsung menjauhkan mereka kepada Islam.

Terbukti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperoleh) melalui perniagaan.” Bidang perniagaan ternyata merupakan ibu segala rezeki yang menjanjikan pendapatan yang tidak terhad kepada orang yang berniaga.

Namun realitinya, dalam mengejar sumber lubuk pendapatan itu kadangkala telah menutup pintu hati individu yang terlibat dalam urusan berjual beli itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja dengan alasan ingin mengaut keuntungan tanpa mengira soal halal dan haram.

Perkara yang asalnya dituntut dan menjadi sunah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu disalah guna sehingga menjadikannya pelbagai taktik kotor dan penipuan sebagai sumber untuk melariskan perniagaan.
Pakar fikah kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, walaupun mudah diketahui secara teori, namun cabaran yang berlaku pada dunia realiti sangat menguji keimanan seseorang peniaga untuk mengamalkan perniagaan secara patuh syariah.

Justeru, tambahnya, Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar kepada ahli perniagaan yang amanah dalam menjalankan perniagaan dan benar-benar mematuhi tuntutan syariat sebagaimana golongan mujahidin yang syahid dalam peperangan. Keep Reading →