Kritik Tak Bermakna Anti Kerajaan

daim zainuddin

Daim kongsi aspirasi pelbagai kaum. Apabila beliau tidak ke luar negara, Tun Daim Zainuddin akan terperuk di meja komputernya di Wisma YPR (Yayasan Pok Rafeah yang dinamakan mengambil sempena nama Allahyarhamah ibunya). Mejanya bersepah dengan kertas cetakan dan analisis kewangan yang dihantar setiap hari oleh sebuah organisasi diketuai rakannya – bekas Perdana Menteri sebuah negara jiran di Asia. Ruang tamunya pula mempunyai corak yang berlainan. Ia seolah-olah sebuah galeri seni. Beliau memiliki lebih 2,000 lukisan.

Sesetengah lukisan itu kini bernilai 10 kali harga yang dibayarnya dulu. Beliau pernah menjadi Pengerusi Galeri Seni Kebangsaan sebelum menyertai Kabinet. Peguam yang kemudiannya bertukar menjadi pemaju perumahan dan kemudian dua kali sebagai Menteri Kewangan, tidak mempamerkan lukisan itu untuk jualan.

Kegemarannya amat luas. Beliau adalah peminat Shah Rukh Khan. Daim juga seorang pemegang saham sebuah bank yang mempunyai banyak cawangan di Afrika. Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Audit AFC ( Persekutuan Bola Sepak Asia). Pada usia 74 tahun, beliau masih bermain badminton, sebilangannya orang muda. Dan, beliau juga memakai jersi replika Manchester United yang ditandatangani oleh Sir Bobby Charlton. Keep Reading →