Ramalan Tun Daim Pilihan Raya Umum Ke-13 – Parlimen Tergantung

Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian. Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor. Keep Reading →

Objektif iluvislam Bukan Untuk Ajak Ummah ‘Masuk’ PAS, PKR atau UMNO

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, dakwah adalah usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Seorang cerdik pandai Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah, 5 tahun lepas, semasa saya dan 4 orang ‘co-founders’ iluvislam yang lain merancang untuk memulakan satu usaha dakwah online (kami di minggu-minggu akhir pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM), tujuan kami hanyalah satu; dakwah! Keep Reading →