
Pada zaman dahulu ada dua orang sahabat karib yang mendiami sebuah rumah. Walaupun mereka berdua berkawan baik, peribadi keduanya amatlah berbeza. Seorang daripadanya amat kuat beribadat kepada Allah manakala seorang lagi pula suka pula melakukan maksiat kepada Allah.
Lelaki ahli ibadat tinggal di tingkat atas rumah tersebut manakala lelaki maksiat pula tinggal di tingkat bawah. Apabila kedua – duanya bertemu, lelaki ahli ibadat berkata kepada lelaki ahli maksiat: “Wahai sahabatku, bilakah lagi engkau mahu bertaubat, ingatlah umur kita semakin hari semakin tua. Mati tidak mengira masa sahabatku. Marilah naik ke tingkat atas untuk bersama – sama beribadat bersamaku.”
Sambil di tangannya memegang secawan arak, lelaki ahli maksiat pula membalas: ‘Usia kita masih muda wahai sahabatku. Waktu muda inilah kita sepatutnya menikmati semua kesenangan dan kenikmatan dunia. Apabila kita tua nanti kita bertaubatlah. Alangkah ruginya kita membiarkan masa muda kita berlalu begitu sahaja tanpa berhibur. Marilah turun ke bawah wahai sahabatku untuk bersama – sama menikmati nikmat dunia.
Begitulah mereka berdua masing – masing saling mengajak kepada kebenaran dan kebatilan. Mereka tidak berputus asa untuk mengajak salah seorang daripada mereka untuk berubah.
Pada suatu hari, lelaki ahli ibadat yang berada di tingkat telah termakan dengan kata – kata dari sahabatnya itu. Hatinya yang di resapi syaitan itu berkata:
“Hmm.. betul juga apa yang diperkatakan oleh sahabatku itu. Umurku masih muda, waktu inilah aku mahu menikmati hiburan dan syurga dunia. Jika aku sudah tua dan tidak bertenaga nanti tentu semuanya ini tidak berguna lagi. Baik aku gunakan masa mudaku ini untuk berhibur dan bersukaria seperti kawanku itu. Apabila tua nanti aku bertaubatlah. Baik aku turun ke bawah sekarang untuk berhibur bersama – sama kawanku.” Keep Reading →