Mengurus Masa

Setiap orang mempunyai masa 24 jam dalam sehari, tidak kira sama ada dia orang kaya atau orang miskin. Hal ini menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama dalam sehari untuk melakukan pelbagai aktiviti ataupun pekerjaan. Menurut Dr Tuah dalam bukunya Membina Jati Diri Gemilang beliau berkata kebanyakan manusia tidak sedar dia telah ditinggalkan masa, jauh di belakang. Dia menyangka selari dengan masa, padahal masa untuknya semakin pendek dan kesempatan untuk dia menikmati kehidupannya semakin tiada.

Beliau turut menambah, rugilah orang yang bermain-main dengan masa sebab masa tidak pernah menanti sesiapa yang lambat , apalagi yang tidak mempedulikannya. Masa akan terus pergi. Sesiapa yang gagal mempergunakan masa dengan sebaik-baiknya ibarat kehilangan harta yang amat bernilai –emas.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan diri saya sendiri dan anda supaya mengurus masa dengan sebaik mungkin dengan melakukan perkara yang berfaedah. Untuk mengurus masa dengan baik kita perlu mempunyai jadual tahunan, bulanan, mingguan malahan harian jika perlu.

Pengurusan masa yang berkualiti, akan menentukan antara seorang yang pekerja biasa dengan pekerja yang cemerlang. Begitu juga dalam konteks pendidikan, ia akan menentukan antara seorang pelajar biasa dengan pelajar yang cemerlang