Pengetahuan Adalah Kuasa
Sejak kecil kita disuruh oleh ibubapa kita supaya belajar bersunguh-sungguh. Bermula dari sekolah rendah, menengah dan universiti. Kita sentiasa mendengar orang berkata “belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu itu penting untuk masa depan”.
Dengan adanya ilmu pengetahuan kita mempunyai kebolehan dan kemahiran yang membolehkan kita diterima untuk menjawat sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi. Contohnya untuk diterima menjadi seorang peguam bertauliah memerlukan masa empat tahun untuk menghabiskan masa di universiti dengan mencari ilmu pengetahuan.
Manakala dari segi keusahawanan pula seseorang usahawan perlu mencari ilmu dengan mempelajari dari tokoh-tokoh usahawan dari dalam dan luar negara, selain banyak membaca buku dan menyertai seminar keusahawanan. Ini kerana dengan ilmu seseorang boleh menjadi seorang yang hebat. Benarlah kata cerdik pandai ilmu pengetahuan adalah kuasa.