Tips :Berjaya dalam Temuduga

Hari ini saya ingin berkongsi tips mengenai bagaimana untuk berjaya dalam temuduga. Tips temuduga ini adalah hasilan yang dapat diringkaskan daripada banyak tips temuduga yang ada. Harap ianya membantu untuk sesiapa yang memerlukannya.

1. Cuba untuk kenal nama atau jawatan penemuduga  yang akan menemuduga anda. Cuba sampai awal ke syarikat tersebut untuk membuat demikian.

2. Jangan sombong dengan pihak pentadbiran ataupun setiausaha yang menjaga hal anda ketika hari tersebut. Kemungkinan mereka juga sebenarnya mempunyai pengaruh dalam menentukan kejayaan temuduga anda. Beri salam dan hormat mereka.

3. Jangan lupa untuk membawa lebihan fotokopi CV anda. Sebagai persediaan kemungkinan pihak penemuduga anda tidak mempunyainya pada hari tersebut.

4. Tunjukkan bahasa badan yang positif. Elakkan daripada berpeluk tubuh, kaki bersilang dan lain-lain. Senyum dan lihat pada mata mereka.

5. Kenali syarikat tersebut dengan mendalam. Dapatkan maklumat tentang perniagaan yang dilakukan, pasaran dan juga pelanggan syarikat tersebut.

6. Bersedia dengan beberapa soalan yang telah anda ketahui jawapannya.

7. Dengar dengan baik.

8. Gunakan perkataan ‘kita’ untuk menunjukkan anda adalah sebahagian daripada ahli pasukan. Contohnya, “bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah ini?”

9. Berikan penyataan yang positif dan berjabatlah dengan yakin.

Semoga anda berjaya dengan tips temuduga..

Kredit:  Dr Inspirasi

Petua Menjadi Lelaki Pilihan

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

Lelaki Pilihan Wanita

01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang
08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sama-sama kita memahami dan semoga kita beroleh ilmu yg bermanfaat.

Soalan dan Nasihat Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

 

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

 

Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ”

(Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

 

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

 

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

 

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sikap Penentu Segala

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.

Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

Kredit: Irfan Khairi

 

Kenapa Cinta Adalah Motivasi Paling Hebat

kita bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta. Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang cukup mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta.

Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.

Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.

Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.

Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.

Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.

Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.

Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.

Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.

Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.

Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.

Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.

Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.

Begitulah seharusnya cinta………..

Petikan Artikel motivasi oleh dari. HM Tuah Iskandar Al-Haj

ps: Kredit: hatiwanita.wordpress.com

Pilih Jodoh: Restu Ibu Bapa Beri Keyakinan

“Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” kata Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusoff, yang merupakan Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.

“Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu,” ujar beliau.

Beliau berkata, perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, soal beliau, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”

Katanya, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi,” jelasnya dalam temubual di kediamannya di Bandar Baru Bangi.

Dalam soal ini, katanya, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.

Jika Tak Direstui

Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.

“Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat,” ujarnya. Katanya, perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.

“Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa Keep Reading →

Jakim: Satu Perceraian Pada setiap 15 minit

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya, semalam.

Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta Keep Reading →