Antara sebab utama ramai gagal buat duit dengan pemasaran facebook

1.Tidak kuasai teknik menggunakan HEADLINE, BODY, IMAGE iklan yang mampu menarik perhatian prospek. Ini sebabnya iklan mereka langsung tak dipandang prospek! Useless!

2.Tak kenali interest targetting yang tepat! Silap di sini, iklan tiada sambutan!

3.Tidak ketahui teknik iklan bagaimana untuk menghasilkan DUIT! Klik saja banyak, tiada guna! Yang penting sales!

4.Ramai pakai ikut sahaja apa yang FB cadangkan untuk nilai BID.

5.Tahukah anda, orang baru yang tiada ilmu sering menjadi mangsa Facebook ?  Padahal ada teknik kurangkan bid, tapi untung besar.

6.Buat iklan banyak-banyak pada waktu yang tak sepatutnya! Iklan pada WRONG TIME, anda memang akan rugi besar!

7.Tidak tahu memanipulasikan Facebook untuk FOLLOWUP ads selepas iklan!

Oleh itu dapatkan maklumat lanjut dengan membeli ebook FBads di sini

Mutiara Kata Persahabatan

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah..

Sumber: cicinta.com

Time Management

Satu perkara yang penting dalam hidup kita : PENGURUSAN MASA. Jika kita gagal dalam pengurusan masa kita, kita boleh dikatakan gagal dalam mengatur perjalanan diri kita sendiri. Sering kali kita mendengar, orang memberi alasan ; ‘takde masa’. Lebih-lebih lagi, alasan ini banyak digunakan oleh pelajar-pelajar. Pernahkah kita berfikir tentang orang yang lagi sibuk dari kita sebagai contoh perdana menteri kita? Semua orang diberikan masa yang sama, iaitu 24jam sehari. Oleh dengan kebijaksaan dan kepentingan pengurusan masa inilah semuanya akan lebih teratur dan kita boleh membuat bermacam-macam kerja.

Saya berkenalan dengan seorang pelajar Phd. di universiti tempatan, yang juga sedang rancak melakukan perniaagaan sendiri dan juga memikul tangungjawab sebagai felo kolej serta research assistant. Dia dapat melakukan semuanya dengan baik, sehinggankan dia boleh mencapai pendapatan 5 angka sebulan melalui perniagaannya, mengikuti seminar-seminar yang berkaitan dengan penyelidikannya dalam mahupun luar negara dan menulis jurnal-jurnal hasil dari kajiannya. Keep Reading →

E-book Tips PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) 13 April 2013

Sebuah panduan dan maklumat yang telah membantu ratusan rakyat Malaysia untuk lulus peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik)yang ditulis oleh Tuan Muaz Hadi dilancarkan.

E-book Tips PTD kali ini dipakejkan untuk membantu individu yang mengambil peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang terdekat iaitu 13 April 2013.

Testimonial Tips PTD – Lean Ng Lulus Peperiksaan

Baru-baru ini berlangsungnya peperiksaan Juruaudit 41. Alhamdulillah, e-book ini telah membantu orang ramai untuk lulus peperiksaan ini.

Salah seorang daripada individu yang berjaya memanfaatkan e-book Tips PTD ini adalah Cikpuan Lean Ng.

Berikut adalah bukti e-mel  yang dihantar bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis e-book ini:

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan maklumat tuan, yang amat membantu saya untuk menghadapi peperiksaan kerajaan tersebut.”

3 Cara Mudah Lulus Peperiksaan PTD 13 April 2013

Pakej rujukan PTD ini boleh diperoleh menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Tips PTD (Klik Di Sini).
  2. Lakukan pembayaran dan terima e-book dalam masa kurang 24 jam.
  3. Lakukan ulang kaji sebelum hadir ke peperiksaan PTD 13 April 2013 ini.

Sebagai pembeli e-book, kita menerima pelbagai maklumat penting sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PTD.

Antaranya adalah 14 contoh esei (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), soal jawab inkuiri PTD, contoh senarai soalan yang bakal dikemukakan dan banyak lagi.
Bagi yang serius untuk lulus peperiksaan PTD, sila dapatkan e-book ini menerusi pautan di bawah:

Beli E-book Tips PTD (Klik Di Sini)

ps: Semak panggilan peperiksaan PTD 2013 disini http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

ps: Dapatkan panduan lengkap exam PTD di sini http://www.tipsptd.com/

 

Strategi Kejayaan Untuk Kekayaan

1. Sikap

  • Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Kita mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang mahu dilakukan, jika mahukan sesuatu kejayaan.
  • Samada kita berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja atau apa sahaja yang ingin dilakukan, kita mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang kita sendiri harapkan, sepatutnya terus bersikap positif. Jika kita bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya harus berfikiran secara positif dan berkata kepada diri sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”. Aku tak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.
  • Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila kita melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya kita merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang sedang di lakukan.
  • Jika kita bersikap positif, semua perkara yang kita sedang lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”. Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya. Keep Reading →

pegawai tadbir diplomatik (PTD)

Sejarah dan Latarbelakang

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services(MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an).

Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara. Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat di mana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing.

Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan.

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu :
– Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri,
– Keselamatan dan Pertahanan Negara,
– Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
– Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan,
– Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
– Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi,
– Pengurusan Sumber Ekonomi
– Pengurusan Sumber Kewangan.

Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa. Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Sumber : www.ptdportal.com

Dapatkan ebook exam ptd disini www.tipsptd.com . Jualan terhad sehingga 9 Mei 2012 sahaja.

Bagaimana Cara Mengatasi Malas

Malas adalah satu sikap yang boleh membuatkan manusia gagal dalam hidup. Ramai yang bercita-cita tinggi tapi tidak mencapai impian tersebut kerana sikap malas. Bagaimana cara mengatasi malas ? Cara mengatasi malas yang paling mudah adalah mengetahui terlebih dahulu punca mengapa seseorang itu boleh menjadi malas.

Berikut adalah beberapa punca yang sering dikaitkan dengan malas

  1. Tiada motivasi diri
  2.  Badan sering letih dan lesu kerana kekurangan vitamin
  3. Terpengaruh dengan orang lain
  4. Tiada dorongan dari orang terdekat.
  5. Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal

Sikap malas ini boleh diatasi dengan cara.

  1. Dekatkan diri dengan tuhan untuk mengelakkan gangguan dan hasutan syaitan.
  2.  Memperbanyakkan membaca kisah motivasi yang berkaitan dengan orang yang malas.
  3. Amalkan doa untuk mengelak diri dari malas
  4. Selalu ingat tanggung jawab terhadap keluarga dan diri sendiri.
  5. Tanam sikap positif dan buang segala sikap buruk.
  6. Tetapkan matlamat hidup dan perancangan yang rapi.
  7. Memperbanyakkan memakan makanan yang membekalkan vitamin dalam badan
  8. Untuk mengatasi malas ini anda perlu ubah cara hidup anda.Buat sesuatu kerja dengan pantas dan segera jika rasa malas. Keep Reading →