Kisah Imam Syafi’i dengan Pendebat


Pada suatu hari, seorang lelaki pendebat datang bertemu Imam Syafi’i lalu bertanya, “ Mengapa iblis yang diciptakan daripada api dan kemudian ia diseksa pula dengan api ?”

Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti ( dihimpit ) dengan tanah. – Imam Syafi’i

Imam Syafi’I berfikir sejenak. Kemudian, beliau mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkan ia kepada lelaki itu. Lalu, kelihatan tanda – tanda sakit dan marah pada air muka lelaki itu.

Apabila melihat keadaan itu, Imam Syafi’I bertanya kepada lelaki itu, “ Adakah kamu berasa sakit ? “
Lelaki itu menjawab, “ Ya, saya berasa sakit.”

Imam Syafi’I pun berkata, “ Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti ( dihimpit ) dengan tanah.”

Lelaki itu terdiam tidak menjawab. Tetapi dia faham dengan maksud kata – kata Imam Syafi’I. Begitu juga dengan keadaan iblis. Ia diciptakan oleh Allah s.w.t. daripada api dan ia juga akan diseksa dengan api.

Tabung Gaji yang Salah oleh Azizul Azli Ahmad

TABUNG GAJI YANG SALAH

1. Dapat gaji lompat gembira terus belanja kawan KFC dan Secret Resepi

2. Bukak Maybank2U bayar semua hutang kasut, bill internat, kad kredit, online Lazadah dan Axia yang baru beli.

3. Belanja lagi sebab masih ada baki, kan sale krismas dan hujung tahun tengah berjalan nie.

4. SIMPANAN?- mana boleh simpan, dah abis belanja semua. ‘Vangang’ dan jongang’ sungguh diorang nie.

Asik suruh simpan je…enjoy la sikit! Hidupkan sekali!!!! nanti kufur nikmat tak sempat rasa semua ini !

KAEDAH BUAT ANDA KACAK DAN CANTIK MENAWAN

1. Hari gaji-dengan senyum yang manis buat simpanan TH atau ASB 10% dari gaji. Jika masih bujang simpanan 35% gaji baru berseri.

2. Bagi Bonda Tercinta 5% dari gaji anda.Lebih banyak, lebih berkatnya.

3. Bayar bill dan hutang yang ada

4. Belanja dibawah kemampuan hidup sederhana, ia bukan dosa. Sederhana itu mulia.

5. Peruntukan sedekah tabung Jumaat itu kekal ada. Kekalkan warna ‘merah’ atau ‘jingga’ saja. Jangan masukkan seringgit lagi, malu pada Tuhan yang memberi.

Kekalkan tabiat menyimpan, jangan rasa terbeban. Orang bijak ada wawasan bukan koleksi tudung faredadee.

#RancangGajiDenganBijakMenawan

7 Jenis Persahabatan yang Anda Perlu Tahu

jenis-persahabatan
Terdapat tujuh jenis persahabatan yang anda perlu tahu. Persahabatan adalah penting seperti mana yang terdapat dalam Al Quran iaitu:

“Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan.” (Surah Az-Zukhruf :67)….

Sehubungan dengan itu tujuh jenis persahabatan yang tersebut adalah:

1. TA’ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. Keep Reading →

Adakah Kiamat Sudah Dekat ? Siri 6 Akhir

Halaqah 2016 Eps 26 – Tenggelamnya Bumi

https://www.youtube.com/watch?v=lGPrSjF2QNc

Halaqah 2016 Eps 27 – Api Menghalau Manusia

https://www.youtube.com/watch?v=h9FzWQFXbs8

Halaqah 2016 Eps 28 – Kiamat Versi Sains

https://www.youtube.com/watch?v=yzDUbWJq_NI

Halaqah 2016 Eps 29 – Tiupan Sangkakala

https://www.youtube.com/watch?v=03s7Cl68I8E

Halaqah 2016 Eps 30 akhir – Kekuasaan Allah Jua

https://www.youtube.com/watch?v=UmM65L0_lQs

Adakah Kiamat Sudah Dekat ? Siri 5

Halaqah 2016 Eps 21 – Datangnya Masa Aman

https://www.youtube.com/watch?v=2IJJ6rZsV3Q

Halaqah 2016 Eps 22 – Matahari Terbit Dari Barat

https://www.youtube.com/watch?v=HPwuVkg9qCI

Halaqah 2016 Eps 23 – Keluarnya Dabbah

https://www.youtube.com/watch?v=q_amU1EL-Vs

Halaqah 2016 Eps 24 – Berhembus Angin Sejuk

https://www.youtube.com/watch?v=86Rl0nJnfWc

Halaqah 2016 Eps 25 – Kembalinya Kejahatan

https://www.youtube.com/watch?v=JJToSPcl-rU