COUPLE Episod 5 (Minta pada Allah, Usaha Berurusan Sesama Manusia)

https://www.youtube.com/watch?v=4QgizUbbc08

Dalam hidup banyak hajat ingin kita perolehi, antaranya jodoh yang baik.
Caranya:

1) BERDOA minta pada Allah kerana segala2nya adalah milikNya. Sebagai tuhan yang Maha Pengasih, Penyayang lagi Bijaksana, Dia tunai permintaan sesuai apa terbaik untuk kita.

2) USAHA sebagai hamba dengan perbaiki diri, berkawan & berada dalam persekitaran baik. Gabungan jaga hubungan dengan Allah (habluminallah), kemudian jaga hubungan sesama manusia (habluminannas) insyaAllah akan dapat yang terbaik. Syaratnya minta pada Allah terlebih dahulu, kemudian baru usaha berurusan sesama manusia.

COUPLE Episod 4 ( Smartphone Kena Block)

https://www.youtube.com/watch?v=BH83d2WtaDI

JODOH TELAH DITENTUKAN.

Jodoh adalah rahsia ketetapan Allah, yang kita boleh pilih mengikut selera sendiri dengan cara usaha dan doa. Kekal usaha perbaiki diri, bersahabat dengan orang – orang baik, sentiasa dalam persekitaran baik, insyaAllah peluang jumpa yang baik lebih cerah. Paling penting doa dapat yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu Allah, bukan dari kacamata seorang hamba yang lemah kerana selalu tewas pada nafsu, lagi jahil ini.