Kalau Wanita Sudah Hilang Malu

Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana dia dapat mempertahankan perasaan malunya, manakala kegagahan seorang lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan rasa marahnya. Kecantikan seorang wanita memang terletak pada bagaimana dia memperhias dirinya dengan sifat-sifat malu, wanita yang sudah hilang rasa malu sudah kehilangan keanggunan dirinya.

Negara yang paling banyak ditempelak berhubung soal hilang rasa malu ini ialah Perancis dan Holland. Tidak kurang Jerman terutama di Bandar Stangurt kerana di Bandar ini sesiapa sahaja boleh melepaskan pakaiannya untuk ‘mandi matahari’. Tapi, itu hanya berlaku di bandar –bandar besar manakala kehidupan masyarakat di kawasan-kawasan pedalaman, pertanian dan penempatan industri tidaklah begitu..

Di negara kita juga demikian. Jika anda berjalan di kawasan Bukit Bintang pada tengah malam anda akan mengalami pengalaman yang sepatutnya hanya ditemui di Eropah. Apa yang ingin ditegaskan disini ialah, selain cinta, malu juga adalah motivasi terbaik manusia kerana adanya malu, ramai orang terselamat dari terserandung dan jatuh terjelepuk dalam kehidupannya.

Malah, pada pendapat saya, selagi manuisa bertahan pada perasaan malu hidupnya akan selamat sebaik sahaja dia sudah tidak berasa malu, sebahagian daripada dirinya sudah tercabut.

Wanita dan malu sepatutnya sinonim. Tidak ada ertinya seorang wanita tanpa sifat malu. Bahkan , keanggunan seseorang wanita banyak ditentukan oleh sifat ini.

Walaubagaimanapun, malu biarlah bertempat sebab orang tua-tua pun ada berkata malu bertanya sesat jalan.

Malu meluru bukanlah sifat seorang penggapai, malah malu yang begini bukanlah sifat yang dikehendaki dalam agama.

Jika rasullullah s.a.w. seorang manusia yang amat pemalu, tidakkah ada berasa terpanggil untuk menjadikan sifat ini sebagai pakaian anda ?

Dipetik dan Diubahsuai daripada Buku Membina Hati Bahagia