Kuasa Wang Yang Wajib Anda Tahu

Kuasa Wang Yang Anda Wajib Tahu

Kuasa Wang Yang Anda Wajib Tahu#klinikmotivasi#kuasawang#klinikkewangan

Posted by Klinik Motivasi on Wednesday, 18 October 2017

Kuasa Wang Yang Wajib Anda Tahu

Anda Masih Keseorangan ? Klik Sini

Like Facebook Klinik Motivasi
Follow Instagram Klinik Motivasi
Follow Twitter Klinik Motivasi

Jawapan Seorang Pakcik Buat Pemuda Ini Sedar Betapa Mahalnya Istiqamah


Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.

Pemuda: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

Pakcik: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

Pemuda: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

Pakcik: Tidak nak. Kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar. Keep Reading →

Lawak berilmu Syamsul Debat dan DMFK Isteri yang suka meminta minta

Lawak berilmu Syamsul Debat dan DMFK Isteri yang suka meminta minta

# 1 Peluk isteri tiga kali sehari sekurang – kurangnya.
# 2 Saling berbincang dan berkongsi belanjawan keluarga
# 3 Ingat tarikh lahir isteri
# 4 Ucapan kasih sayang

Like Facebook Klinik Motivasi
Follow Instagram Klinik Motivasi
Follow Twitter Klinik Motivasi

Tabung Gaji yang Salah oleh Azizul Azli Ahmad

TABUNG GAJI YANG SALAH

1. Dapat gaji lompat gembira terus belanja kawan KFC dan Secret Resepi

2. Bukak Maybank2U bayar semua hutang kasut, bill internat, kad kredit, online Lazadah dan Axia yang baru beli.

3. Belanja lagi sebab masih ada baki, kan sale krismas dan hujung tahun tengah berjalan nie.

4. SIMPANAN?- mana boleh simpan, dah abis belanja semua. ‘Vangang’ dan jongang’ sungguh diorang nie.

Asik suruh simpan je…enjoy la sikit! Hidupkan sekali!!!! nanti kufur nikmat tak sempat rasa semua ini !

KAEDAH BUAT ANDA KACAK DAN CANTIK MENAWAN

1. Hari gaji-dengan senyum yang manis buat simpanan TH atau ASB 10% dari gaji. Jika masih bujang simpanan 35% gaji baru berseri.

2. Bagi Bonda Tercinta 5% dari gaji anda.Lebih banyak, lebih berkatnya.

3. Bayar bill dan hutang yang ada

4. Belanja dibawah kemampuan hidup sederhana, ia bukan dosa. Sederhana itu mulia.

5. Peruntukan sedekah tabung Jumaat itu kekal ada. Kekalkan warna ‘merah’ atau ‘jingga’ saja. Jangan masukkan seringgit lagi, malu pada Tuhan yang memberi.

Kekalkan tabiat menyimpan, jangan rasa terbeban. Orang bijak ada wawasan bukan koleksi tudung faredadee.

#RancangGajiDenganBijakMenawan

Salah ke kita nak reward diri beli kereta mahal-mahal ?

Harith Faisal Pakar Kewangan dan Hartanah

“Tak boleh ke kami nak reward diri beli kereta mahal-mahal? Untuk kepuasan diri sendiri. Iyalah, dah penat-penat kerja, kan.”

Beli saja kalau dah minat sangat. Gaji RM4,000 setahun gaji adalah RM48,000. Boleh dapat Proton Persona saja dengan gaji tu kalau ikut formula.

Padahal dengan gaji tu layak untuk pakai Honda Civic. Belilah.

“Formula harga kereta patut dibeli sama dengan gaji setahun” sebenarnya tak terpakai untuk semua orang ya.

Formula tu dipakai oleh orang yang nak simpan 30%-50% gaji untuk penuhkan tabung kecemasan, tabung pendidikan anak dan tabung deposit beli rumah.

Formula tu juga dipakai supaya komitmen bulanan kita di mata bank kekal rendah dan mudah untuk lulus pembiayaan rumah lagi dan lagi.

Makanya, kalau anda memang tak buat tabung-tabung tu semua dan tak rancang pun nak beli rumah dalam masa 5-9 tahun ni, abaikan formula tu.

Lain orang, lain perancangan. Ada orang nak beli rumah tahun ni, ada orang nak beli rumah 5-9 tahun akan datang. Beli rumah awal lagi bagus. Ikutlah perancangan masing-masing.

Lagi satu, bila sampai satu tahap gaji (tinggi), formula ni memang dah tak sesuai langsung dengan situasi anda. Sebab masa tu, anda dah matang dan pandai urus wang sendiri.

Sekian. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan saya yang straight forward ni. Kalau tak puas hati, boleh tinggalkan komen untuk kita bincangkan bersama. Haha

Klik Link dibawah untuk follow facebook beliau:

#‎harithfaisal‬

SHARE jika bermanfaat.

Tujuh Petua Orang Kaya Simpan Duit

Formula simpan duit

Artikel ini diadaptasi dari laman web lifehack.org dan disesuaikan dengan budaya pengurusan kewangan dalam masyarakat Malaysia.

Terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.

1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2. Fokus kepada masa depan.

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3. Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.
Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih

Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan. Keep Reading →