Lawak berilmu Syamsul Debat dan DMFK Isteri yang suka meminta minta

Lawak berilmu Syamsul Debat dan DMFK Isteri yang suka meminta minta

# 1 Peluk isteri tiga kali sehari sekurang – kurangnya.
# 2 Saling berbincang dan berkongsi belanjawan keluarga
# 3 Ingat tarikh lahir isteri
# 4 Ucapan kasih sayang

Like Facebook Klinik Motivasi
Follow Instagram Klinik Motivasi
Follow Twitter Klinik Motivasi

Kasihnya Ayah tiada Gantinya

Selagi ada waktu, selagi itu kita masih berkesempatan berbakti dan menyayangi bapa kita. Kasihnya bapa mungkin sering tidak diucapkan melalui kata-kata atau belainya tetapi jauh di sudut hatinya anak-anak adalah sumber inspirasinya dan kebanggaannya.

Setiap perit, peluh dan keringatnya adalah untuk keluarganya yang tercinta. Selamilah hati ayah anda dan kucuplah tangannya yang telah di mamah usia di Aidilfitri ini untuk segala pengorbanannya.

Kasihnya ayah tiada gantinya dan tidak mungkin kita mampu memutarkan waktu.

Turutan Nafkah Suami Menurut Islam

Nafkah Suami
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah. Keep Reading →