Kata-kata Motivasi Dr Tuah

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”
“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.”

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

Cara Mencungkil Keistimewaan & Kepintaran Anak Anda

Kajian di Universiti Harvard mendapati bahawa kanak-kanak mempamerkan keistimewaan atau kepintaran melalui banyak cabang iaitu bahasa, matematik, muzik, gambaran, fizikal dan sosial. Seperti kata seorang cendikiawan, “Semua kanak-kanak adalah pintar, hanya sesetengah dari mereka memperlihatkannya sedikit lewat dari yang lain”

Anda boleh memainkan peranan yang amat penting untuk mendedahkan keistimewaan yang terpendam atau mengembangkan bakat yang sedia ada melalui pengalaman yang anda berikan kepada anak-anak anda di rumah. Senarai di bawah adalah 42 cara terbaik untuk mencungkil keistimewaan mereka:-

1- Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. Beri perhatian kepada aktiviti yang ia pilih diwaktu lapang.  Semua ini dapat memberi petunjuk kepada anda tentang bidang yang ia paling minati.

2- Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai. Ini mungkin akan membangkitkan keistimewaannya yang terpendam selama ini. Jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa anak anda tiada kelebihan di dalam sesuatu bidang jika dia belum menunjukkan minat.

3- Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan. Jika ia dipaksa melakukan sesuatu tanpa kesilapan, ia akan membesar tanpa berani mengambil risiko yang sepatutnya untuk mencari dan mengembangkan keistimewaannya. Keep Reading →

Perjalanan Peta Hidup Manusia

Mungkin kita diluar sana sudah banyak kali melihat gambar diatas, dan barangkali kita telah pun melupakannya. Jika kita lihat peta hidup kita, bermula dari alam roh hingga ke alam mahsyar, pelbagai alam bakal kita tempuhi. Namun, pernah kah kita terfikir, rahsia disebalik perjalanan diri kita?

Cuba kita tanya diri kita, rasailah hati kita sebenar-benarnya, apa yang abadi dalam hidup kita di muka bumi ini? Adakah harta, pangkat menjadi tujuan kita sebenarnya di bumi ini? Renungkan sejenak…

Sering kali saya melihat, kita selalu lari dari peta hidup kita sendiri. Setiap dari kita mempunyai jalan yang baik dan lurus kearahNya, tapi kita juga yang memilih untuk keluar dari jalan peta tersebut. Keep Reading →

5 Perkara Penting Untuk Wanita ke Syurga

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmatAllah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat bu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak sedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian, sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

Sumber: www.islamituindah.my

Kos Sara Hidup Yang Makin Tinggi

Melihat keratan ini membuat saya terkejut. Menceritakan tentang berapa pendapatan yang perlu diperolehi untuk hidup pada zaman sekarang. Memerlukan sebanyak RM8,000 satu keluarga untuk dikatakan berada dalam middle income ataupun dalam keadaaan selesa.Kos hidup yang makin tinggi.

RM8,000 mungkin sesuatau yang banyak. Mungkin ada yang mengatakan bahawa kurang daripada itu sebenarnya sudah mencukupi. Mungkin itu benar di luar daripada bandar. Tetapi di bandar saya merasakan ianya logik dan masuk akal.

Bayangkanlah komitmen sebuah rumah teres 2 tingkat yang berharga RM400,000 sudahpun menjangkaui RM2,000 sebulan. Ditambah dengan perbelanjaan terhadap kereta dan purata secara purata RM1000. Belum tambah makanan dan perbelanjaan seharian dan anak.

Jadi hendak atau tidak, ini menjadikan perbelanjaan untuk hidup selesa secara asasnya memerlukan RM3000 ditambah dengan perbelanjaan lain sekitarRM4000-5000. Jadilah keseluruhan sekitar RM8,000 untuk hidup secara selesa di bandar.

Jumlah yang cukup menakutkan.Bagaimanalah tahun 2020.

Salam inspirasi

Sumber:drinspirasi.com

Kenapa Aku Masih Gagal?

Teringat pada satu komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia “kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?” Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini.

“Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?”

“Kenapa aku nampak sorang roomate aku ni asyik study saja siang malam tapi result exam bawah 3 pointer juga….”

Sudah tentu, apabila saya ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar yang termampu. Mungkin saya bukan lah orang yang paling layak untuk menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang boleh dianggap berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja. Ya, memang ini soalan yang sering terbuntu di benak fikiran ramai orang termasuk saya sendiri, tapi setelah lama melihat, memerhati dan mengkaji tentang orang orang yang usaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan Keep Reading →

Suami Isteri : Bercintalah Berkali-kali

Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.

Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin “bisu”. Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. “Mati kutu” memanjang.

Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Keep Reading →