Lembik Kerana Jodoh dan Cinta

Tidak dinafikan betapa Cinta adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan ini. Sungguh kita mengangkat cinta menjadi salah satu perkara yang sangat penting buat diri. Percayalah bahawa, sehingga dunia ini kiamat sekalipun, perbincangan berkenaan cinta tidak akan terhenti.

Namun apa yang saya lihat merugikan adalah, keterujaan ini akhirnya membuahkan efek yang buruk kepada masyarakat, terutama dalam pembinaan kehidupan seorang remaja. Bahkan kadangkala, ianya memasuki teritori Aqidah, dan mengeluarkan pendapat tidak selari dengan Aqidah yang sepatutnya. Semua kerana mabuk dengan teori-teori cinta.

Di sini, bukanlah cinta yang kotor sahaja bermasalah. Tetapi, cinta yang dianggap suci, menjaga syara’ pun,kadangkala membawa padah.

Sememangnya yang terbaik adalah bersederhana.

Keterujaan melampau tidak akan pernah membawa kepada kebenarannya.

Itu ini Cinta. Itu ini Jodoh.

Baru berbicara sebentar, dada berdegup kencang, jiwa sudah bertanya: “Apakah dia jodohku?”

Baru berhubungan di Facebook beberapa ketika, jumpa pun tidak pernah, kemudian hati mula tersentuh sedikit, maka diri mula bertanya: “Apakah mungkin dia jodohku?”

Kadangkala di’usik’ sedikit melalui mimpi, termimpikan wajah yang iras si dia, hidup sudah jadi resah dan gelisah, lantas hati tertanya-tanya: “Apakah ini ketetapan TakdirNya? Dia Jodohku?”

Dan bermulalah kita bergerak membicarakan perihal keindahan cinta, dan bagi mereka yang masih belum tamat studi pula sibuk merangka karangan perihal Boleh Berkahwin Awal dan sebagainya. Dibangkitkanlah perihal istikharah untuk mengetahui apakah benar itu jodoh kita dan sebagainya. Tidak dilupakan juga mula mencari doa-doa mencari jodoh dan sebagainya. Keep Reading →

Maksud Dan Tafsir Mimpi Menurut Islam

Menurut Al-Quran, Nabi Yusuf adalah antara mereka yang dikurniakan Allah kebolehan untuk mentafsir mimpi. Dalam Al-Quran terdapat tiga peristiwa di mana Nabi Yusuf dikaitkan dengan tafsiran mimpi. Semua ini diceritakan dalam Surah Yusuf.

Mimpi Pertama

Nabi Yusuf telah bermimpi 11 bintang, bulan dan matahari sujud kepadanya. Ia diceritakan dalam Surah Yusuf bermula 4 ayat hingga ayat 10.

Maksudnya:”

4. {Ingatlah} ketika Yusuf berkata kepada ayahnya :

“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan, kulihat semuanya sujud kepadaku”.

5. Ayahnya berkata: “Hai anakku ,janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat muslihat {untuk membinasakanmu} .Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”

6. Dan demikianlah Tuhanmu memilih kamu {untuk menjadi Nabi} dan diajarkannya kepada kamu sebahagian dari takdir mimpi-mimpi dan disempurnakannya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub sebagaimana Keep Reading →

April Fool? Bukan Untuk Kita!

April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.

April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?

Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Namun begitu, dukacita saya tanyakan, adakah kita semua tahu rahsia di sebalik April fool dan tidak marayakannya atau adakah kita Keep Reading →

Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham

Riak ikan di air. Benda yang biasalah kita dengar hari-hari . Apa maksud riak ni sebenarnya? Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk-nunjuk di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:

“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk- nunjuk. Riak!”

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Keep Reading →

Jangan Putus Asa dengan Rahmat Allah

Berazam dan bertekadlah dengan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan maksiat tersebut. Berusahalah untuk meninggalkannya. Apabila anda terjebak juga, maka bertaubatlah segera. Teruskan taubat anda tanpa henti sehingga tiba suatu masa Allah menerima taubat tersebut dan Allah tarik semua nikmat kemaksiatan dari hati anda.

10 Langkah Mudah Untuk Diamalkan Bertaubah

  1. Taubat Nasuha ( taubat besar yakni taubat bersungguh – sungguh ).
  2. Menyesal bersungguh-sungguh.
  3. Menangis mengenang semua dosa tersebut.
  4. Tidak mengulangi lagi sampai mati.
  5. Menambah amal baik dari hari ke hari.
  6. Meninggalkan semua amal buruk.
  7. Tidak menjejakkan kaki atau melakukan sesuatu seperti mendekati tempat maksiat tersebut atau rapat dengan orang yang telah sama-sama terlibat dengan maksiat tersebut ( jika mampu, ajak orang berkenaan untuk taubat bersama ).
  8. Hijrah ( berubah tempat tinggal/ tempat kerja yang menjurus kearah maksiat tersebut).
  9.  Berdoa dan tidak putus harap kepada Allah.
  10. Seandainya melakukan juga maksiat tersebut setelah mengikuti langkah-langkah ini, tetap ulangi langkah yang sama berulang – ulang kali sehingga akhir hayat !

Sumber: Buku indahnya hidup tanpa derita.

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Keep Reading →

Madu Lebah Menurut Islam

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

“Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu).

Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan”

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: ‘Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)’. Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Berilah dia minuman madu’. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu.

Lalu dia datang semula dan berkata: ‘Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.’ Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi.

Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,’Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.’ Keep Reading →