Mutiara Kata Persahabatan

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah..

Sumber: cicinta.com

Bercouple Atau Jual Mahal

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber’dating’ sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.

Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.

Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak. Keep Reading →

Wanita Melamar Lelaki Merupakan Amalan Yang Terpuji..

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi. Keep Reading →

Lembik Kerana Jodoh dan Cinta

Tidak dinafikan betapa Cinta adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan ini. Sungguh kita mengangkat cinta menjadi salah satu perkara yang sangat penting buat diri. Percayalah bahawa, sehingga dunia ini kiamat sekalipun, perbincangan berkenaan cinta tidak akan terhenti.

Namun apa yang saya lihat merugikan adalah, keterujaan ini akhirnya membuahkan efek yang buruk kepada masyarakat, terutama dalam pembinaan kehidupan seorang remaja. Bahkan kadangkala, ianya memasuki teritori Aqidah, dan mengeluarkan pendapat tidak selari dengan Aqidah yang sepatutnya. Semua kerana mabuk dengan teori-teori cinta.

Di sini, bukanlah cinta yang kotor sahaja bermasalah. Tetapi, cinta yang dianggap suci, menjaga syara’ pun,kadangkala membawa padah.

Sememangnya yang terbaik adalah bersederhana.

Keterujaan melampau tidak akan pernah membawa kepada kebenarannya.

Itu ini Cinta. Itu ini Jodoh.

Baru berbicara sebentar, dada berdegup kencang, jiwa sudah bertanya: “Apakah dia jodohku?”

Baru berhubungan di Facebook beberapa ketika, jumpa pun tidak pernah, kemudian hati mula tersentuh sedikit, maka diri mula bertanya: “Apakah mungkin dia jodohku?”

Kadangkala di’usik’ sedikit melalui mimpi, termimpikan wajah yang iras si dia, hidup sudah jadi resah dan gelisah, lantas hati tertanya-tanya: “Apakah ini ketetapan TakdirNya? Dia Jodohku?”

Dan bermulalah kita bergerak membicarakan perihal keindahan cinta, dan bagi mereka yang masih belum tamat studi pula sibuk merangka karangan perihal Boleh Berkahwin Awal dan sebagainya. Dibangkitkanlah perihal istikharah untuk mengetahui apakah benar itu jodoh kita dan sebagainya. Tidak dilupakan juga mula mencari doa-doa mencari jodoh dan sebagainya. Keep Reading →

Pemuda Tidak Selesa Kekasih Berdarjat Tinggi

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi swasta dan kini di tahun keempat pengajian. Saya mempunyai kekasih, A dan kami mula berpasangan empat tahun lalu. A teman wanita yang baik serta anak orang berada. Saya pula berasal daripada kampung di utara Semenanjung. Saya dan A sering keluar bersama pada hujung minggu seandainya masing-masing tiada kuliah.

Namun kami berbeza taraf kerana dia gemar pergi ke restoran berkelas tinggi dan tidak selesa makan di warung serta kedai makan biasa. Saya pula gemar ke kedai biasa. Saya juga tidak selesa mengikutnya membeli-belah kerana caranya berbelanja benar-benar menakutkan saya.
Saya menjadi tidak yakin pada diri setiap kali kami keluar apabila melihat caranya berbelanja. Tambah merunsingkan lagi apabila memikirkan, adakah dia sesuai menjadi pasangan hidup.
KURT
Pulau Pinang

Tentu kekok seandainya enggang terbang bersama pipit, begitu juga keadaannya jika beras dan antah ditanak sekali, nasi dihasilkan tidak enak dimakan. Itu antara perumpamaan menggambarkan situasi saudara berkasih dengan gadis yang punya kedudukan kewangan mahupun taraf hidup lebih tinggi berbanding saudara.

Pada mulanya mungkin ia bukan perkara sukar, tetapi sebaik berperanan sebagai ketua keluarga dan dia menjadi isteri, saudara pasti berdepan situasi sukar untuk memenuhi keperluan serta permintaannya. Untuk itu, perkara Keep Reading →

60 Petua Mendapatkan Pasangan

Petua Mendapatkan Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. Keep Reading →

Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan. Keep Reading →