Suami Isteri : Bercintalah Berkali-kali

Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.

Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin “bisu”. Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. “Mati kutu” memanjang.

Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Keep Reading →

Hanya Cinta Pertama

Yang mana satu pilihan anda, antara buah yang sedia jatuh berguguran ke tanah atau yang masih berada di atas pokok? Tentunya ramai yang akan lebih memilih yang di atas berbanding yang di bawah.

Demikian lah juga dengan saya. Akan memilih yang di atas dari yang di bawah. Kerana apa? Kerana biasanya buah yang jatuh berguguran itu telah rosak dan ada yang telah ditebuk binatang sebagai contoh dimakan oleh seekor atau lebih seekor dari serangga. Mungkin juga di makan oleh tupai atau monyet liar. Tetapi tidak buah yang di atas, belum disentuh dan menjadi idaman hampir setiap orang yang memandang.

Begitulah boleh diumpamakan dengan nilai diri kita dalam memulakan episod cinta pertama. Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya. Tanpa dijemput atau dipinta. Ia pasti hadir membuai rasa di hati kita. Keinginan untuk mencintai dan dicintai tidak perlu dipelajari. Itu fitrah. Tetapi jangan kita lupa, fitrah juga perlukan hidayah. Hidayahlah yang akan menunjuk arah sebenar perjalanan sebuah cinta suci.

Bagaimana yang dikatakan dengan cinta suci? Adakah seperti cintanya Romeo dan Juliet? Atau umpama cintanya seorang penyair Arab yang menyintai seorang wanita bernama Laila? Sehingga ia digelar “Laila Majnun” oleh masyarakat waktu itu kerana cintanya yang menggunung? Begitukah cinta suci yang kita inginkan?

Cinta suci meletakkan Allah sebagai ‘matlamat’tertinggi. Cinta sesama makhluk cuma sebagai ‘alat’. Alat untuk mencapai matlamat meraih kasih sayang dan redha Allah SWT. Untuk itu, sebelum terjebak dalam cinta, seharusnya kita berusaha ‘menjadi diri yang tepat untuk mencintai’ sebelum bersantai-santai ‘mencari diri yang tepat untuk dicintai’. Semua ini tidak dapat lari dari ‘hukum tarikan cinta’ –sunnatullah yang tidak dapat diingkari. Saling cinta menyintai, saling lengkap melengkapi. Keep Reading →

Master Dulu Baru Kahwin

“bukan mak tak bagi kau kahwin, tapi kalau boleh biarlah ada Master dulu…”

Itu adalah apa yang ibu saya sendiri luahkan mengenai hasrat saya untuk melangsungkan perkahwinan. Hasrat saya dan pasangan untuk bernikah adalah untuk menghalalkan perhubungan kami. Pernah ibu bertanya, kenapa mahu kahwin sedangkan kami masih muda (kami berumur 24 tahun). Saya kini di tahun akhir pengajian manakala pasangan saya sudah bekerja. Ibu juga pernah berpesan, kalau takut zina, berpuasa dan sebagainya. Saya menerima nasihat ibu dan cuba menghindarkan diri dari perbuatan yang dimurkai. Tetapi, semakin hari saya rasakan saya semakin tidak kuat untuk mengharungi cubaan dalam sesebuah perhubungan.

Saya dan pasangan sudah lama mengenali diri masing masing. 2012 menandakan hubungan kami cukup 6 tahun. Kali pertama pasangan saya menyatakan hasrat untuk meminang dan berkahwin ialah pada tahun 2010, ketika itu saya sedang menduduki tahun pertama ijazah selepas tamat diploma. Ibu saya menolak secara keras menyatakan hasrat kepada pasangan bahawa dia ingin melihat saya menggenggam master dahulu dan bekerja, kemudian barulah fikir soal kahwin. Selepas kejadian tersebut, ayah menasihati saya supaya tidak membincangkan perkara sedemikian kepada ibu sebaliknya berurusanlah dengan ayah, kerana dia adalah wali. Maka selepas itu, saya turuti apa yang dinasihati. Keep Reading →

Jodoh Bagi Wanita Yang Tidak Cantik

Bukan sedikit anak gadis yang resah menunggu kehadiran jodoh mereka, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat. Ketika tumpuan kepada pembelajaran telah beralih kepada pekerjaan, ketika alam belajar berubah ke alam bekerja, perasaan resah itu kian menjadi-jadi. Lazimnya, yang paling terhimpit dengan keresahan seperti ini adalah dari kalangan wanita yang tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa paras. Bahasa mudahnya, tidak cantik.

Ada atau tidak jodoh untuk mereka? Itu persoalan yang seringkali menghantui hidup mereka. Apatah lagi apabila melihat teman-teman seusia mereka seorang demi seorang melangkah ke alam rumahtangga. Alangkah bertuahnya mereka, sedangkan diri sendiri semakin hari terasa semakin sunyi. Drama, filem dan novel tidak mampu menyelami perasaan dan hati mereka. Ketika mereka menangis menonton filem dan kisah cinta, mereka sedar yang mereka hanya layak menjadi pemuja, bukan ‘pemilik’ cinta itu. Perasaan iri hati kian hebat menekan jiwa dan sensitiviti mereka.

Akhirnya timbullah persoalan. Sampai bila harus menunggu? Apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan jodoh? Kerana diri juga mahu dimiliki, disayangi. Mahu juga bergelar isteri kepada suami dan ibu kepada putra putri yang comel. Soalnya, bagaimana? Keep Reading →

Cantik Pada Nilaian Lelaki

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas.

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur. Keep Reading →

12 Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. Keep Reading →

Antara Cinta dan Cita-Cita

Seantero dunia kini, memperlihatkan kebiasaan yang membimbangkan apabila cinta dan cita-cita tidak dapat difahami dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Cinta sentiasa diletakkan pada tempat yang salah, manakala cita-cita tulen pula hanyalah sampingan yang tidak diperlukan dalam fikiran masyarakat kini.Cinta merupakan sebuah perasaan semulajadi yang telah Allah SWT tetapkan didalam setiap jiwa mahkluk bernyawa dari kalangan manusia, jin, binatang dan tumbuh-tumbuhan ,Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu.

Apabila seseorang bercinta maka akan terpancarlah tanda-tanda cinta pada dirinya, segala pemikiran, tumpuan dan tingkah laku akan cenderung kepada yang dicintai, hati akan sentiasa mengarah kepadanya, wajah sentiasa tersenyum dek kerana melihat dan mendengar pertuturannya manakala perlakuan pula akan berubah elok bila berhadapan dengan yang dicintai. Keep Reading →