
Salam Sejahtera…
Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini, tentang panduan memilih bakal isteri yang saya petik dari kitab Ihya’ Ulumuddin. Semoga perkongsian ini mampu memberi panduan kepada golongan lelaki muslim ( termasuk saya sendiri ) tentang ciri wanita yang akan dikahwini mengikut perspektif Islam. Terdapat lapan perkara, walaubagaimanapun untuk kali ini saya hanya berkongsi 4 sahaja dan selebihnya akan dikongsi pada entry yang akan datang.
- Agama
- Budi Pekerti
- Kecantikan
- Ringan Mas Kahwin (mahar)nya.
Pertama: Hendaklah wanita itu seorang yang solehah dan kuat agamanya. Ini merupakan asas yang utama sekali dan inilah yang mesti diperhatikan dan diteliti. Oleh sebab itu Rasulullah menganjurkan apabila kita hendak berkahwin, maka carilah yang benar-benar kuat agamanya. Ini benar-benar ditekankan sebagaimana sabdanya:
“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu”
(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Kedua: Carilah wanita yang baik budi pekerti, sebab apabila isteri banyak bercakap, apalagi yang suka menutup nikmat dan kurniaan Allah. Maka sudah pastilah bahayanya akan lebih besar daripada manfaatnya. Salah satu ujian yang diberikan oleh Allah kepada para kekasihnya ialah sabar dan tabah atas ucapan yang dkeluarkan oleh isteri-isterinya Keep Reading →
