Adakah Populariti Penting untuk Orang Bisnes ?

bisnes-popular
Dulu-dulu perkataan ‘popular’ dan ‘populariti’ hanya digunakan apabila bercakap tentang ahli-ahli politik, penyanyi, dan bintang filem. Dulu-dulu, populariti adalah di luar jangkauan orang biasa kerana hanya segelintir manusia sahaja yang foto dan cerita mereka masuk media massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan radio.

Pada hari ini teknologi media sosial menjadikan semua orang berhak menjadi popular. Populariti kini adalah modal sosial yang sangat berharga dalam dunia bisnes. Orang bisnes pun, khususnya yang masih muda-muda, bersungguh-sungguh belajar bagaimana mahu membangunkan populariti mereka dalam media sosial. Nak jadi pendakwah pun kena popular sekarang ni. Lebih senang menjual bila semakin popular.

Popular penting untuk bina pengaruh. Pengaruh penting untuk bina pengikut tegar dan setia serta ianya sangat penting bagi orang bisnes. Bangunkan ‘personal branding’ dan lakukan ‘free cost marketing’ Peranan media sosial sebagai alat kerja orang bisnes semakin hari semakin penting. Kita mesti belajar strategi, teknik, dan seni menggunakan media sosial bagi memulakan dan mengembangkan bisnes kita.

Kita perlu melakukan eksperimen demi eksperimen bagi mengetahui bagaimana penggunaan media sosial dapat menghasilkan ROI yang dimahukan. Semua orang mesti melakukan eksperimen sendiri. Ini kerana kita mempunyai agenda kita sendiri, yang belum tentu serupa dengan agenda orang-orang lain. Keep Reading →

Bagaimana Membina Matlamat yang Jelas ?

matlamat

• Matlamat mesti spesifik dan tepat.
• Matlamat mestilah tinggi dan besar tetapi munasabah untuk dicapai, bukan yang mustahil.
• Berikan tempoh ( masa ).
• Yakin untuk dicapai.
• Lakar atas kertas manila dan tampal pada dinding.
• Taip di atas kertas kerja.
• Baca setiap hari.
• Berkawan dengan golongan yang ada matlamat.
• Sentiasa berdoa.
• Mind – setting mesti betul.

ps: Nota ringkas membina matlamat 🙂

Panduan Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd

Puan Ainon Mohd
Masuk bisnes dengan melakukan self-employment. Istilah Melayunya ‘ bekerja sendiri ‘. Kita mencari rezeki dengan bekerja sorang-sorang. Kitalah towkay. Kitalah kuli. Contoh self-employment adalah apabila kita menjalankan bisnes secara free-lancing. Ada jenis aktiviti self-employment yang cepat dapat duit, ada yang lambat. Bisnes pertama yang ideal adalah bisnes yang cepat dapat duit bagi menampung keperluan harian. Buat simpanan, supaya kita ada modal bagi memulakan bisnes kedua.

Bisnes pertama yang ideal adalah menjual servis kepada klien jenis orang berduit. Pilih bisnes servis yang kita sendiri dapat melakukan servis itu. Servis itu tidak menggunakan peralatan mahal. Skill servis itu mudah dipelajari. Yuran belajar servis itu murah. Servis itu mudah dijual kepada klien berduit. Bisnes pertama yang mudah dimulakan adalah jenis personal servis. Salah satu servis jenis ini adalah apa yang disebut ‘personal shopper’.

Salah satu halangan psikologi hendak memulakan bisnes pertama adalah isu tidak pandai hendak membuang rasa malu! Isu ini makin payah apabila kita mempunyai ijazah, ataupun kita pernah makan gaji di syarikat besar. Makin tinggi ijazah, makin malu. Makin tinggi jawatan, makin malu.

Berikut adalah tip membuang perasaaan malu hendak mula berniaga. Juallah barang murah, tetapi barang itu sangat mudah dijual. Jangan pilih barang mahal. Barang yang mahal lebih sukar menjualnya. Apabila orang tak mahu membeli, nanti kita malu. Juallah barang itu kepada orang yang langsung kita tidak kenal. Kita kurang malu menjual kepada orang yang tak dikenali. Kalau orang itu tidak mahu membeli pun tak apa. Keep Reading →

Bagaimana Untuk Memulakan Bisnes Baharu yang Berjaya ?

how-to-start-a-startup-infographic

Mengikut Paul Graham, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membina sebuah startup:

1. Hidup pada masa akan datang

Kebanyakan dari kita hidup pada masa lalu atau masa kini. Adalah lebih mudah untuk menganalisis apa yang sudah berjaya dan memikirkan cara-cara untuk meniru kejayaan lalu. Berfikir dengan analogi. Ini adalah cara yang ok untuk berfikir, kecuali ini bukan cara untuk membuat satu startup yang besar.

Startup yang besar adalah berdasarkan kepada dua jenis idea – jelas (nampak berbeza) dan keras (memberi impak), seperti SpaceX oleh Elon Musk; dan tidak jelas (tidak nampak berbeza) dan keras (memberi impak), seperti Uber. Sekiranya startup itu tidak keras atau tidak memberi impak, fenomena ini dipanggil – “Schlep Blindness”.

SpaceX adalah idea yang jelas kerana satu-satunya syarikat lain yang boleh menghantar orang ke Marikh, NASA, tidak bercadang untuk berbuat demikian pada masa SpaceX bermula. Jadi ia adalah sesuatu yang jelas. Oleh kerana ia adalah jelas dan tidak ada orang lain yang melakukannya sebelum ini – andaian munasabah adalah dengan menganggapnya mustahil. Namun jika anda tinggal pada masa hadapan, ia menjadi jelas kepada anda bahawa manusia perlu pergi ke Marikh (atau planet lain) atau menghadapi risiko mengalami kepupusan. Lebih baik mencari jalan untuk meninggalkan bumi biru ini daripada mengalami kepupusan. Jadi perkara yang mustahil kini tidak lagi kelihatan begitu mustahil.

Dengan UberPool, ideanya adalah pada masa-masa tertentu terdapat dua orang dari lokasi yang sama mahu pergi ke destinasi yang sama, adalah merupakan idea yang tidak jelas. Ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga andaian. Adalah sukar kerana anda perlu mengumpul dan menyimpan beribu-ribu data tentang di mana orang benar-benar pergi dalam bandar. Data ini boleh didapati pada masa sekarang. Akan tetapi Uber sudah memikirkan penyelesaian ini sejak mereka menawarkan perjalanan pertama mereka pada tahun 2009. Mereka hidup pada masa akan datang. Keep Reading →