Stail Belajar

Sejak sekian lama, para pendidik telah mengenal pasti bahawa terdapatnya sebilangan pelajar yang memilih metod belajar tertentu yang berbeza dengan pelajar yang lain. Keadaan ini merupakan stail belajar bagi seseorang pelajar yang unik dan kesedaran tentangnya dapat membantu guru dalam menyediakan alat bantu mengajar dan perancangan pembentukan kumpulan kecil serta arahan individu yang sesuai.

Blackmore (1996) mencadangkan bahawa salah satu perkara para pendidik dapat membantu proses pembelajaran adalah dengan menyedari wujudnya kepelbagaian stail belajar dalam populasi pelajar.

Piirto (1999) menyatakan bahawa pemerhatian yang dilakukan oleh kebanyakan pengkaji menunjukkan pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi dalam akademik mempunyai jenis personaliti yang spesifik ataupun stail belajar. Dapatan ini dapat diguna pakai oleh para kaunselor sekolah sebagai asas bagi sesi kaunseling untuk remaja pintar cerdas.

Felder dan Soloman (2003) berpendapat terdapat dua jenis stail belajar iaitu jenis aktif dan jenis refleksi. Kedua-dua kombinasi stail belajar ini juga boleh dimiliki oleh seseorang pada masa yang sama dalam keadaan yang tertentu. Mengenal pasti stail belajar memberi kelebihan kepada seseorang untuk mengadaptasi suasana pembelajaran yang dihadapi. Keselesaan dan kesedaran tentang stail belajar sama ada cara aktif ataupun refleksi akan membuatkan seseorang itu lebih sensitif terhadap keperluan pembelajaran mereka.

2.0 KEPENTINGAN STAIL BELAJAR

Mamchur (1989) menyatakan bahawa kefahaman dan pengetahuan guru tentang stail belajar pelajar adalah penting kerana hal ini memberi peluang kepada guru menyediakan pilihan-pilihan dalam cara menyampaikan pengajarannya di bilik darjah. Guru akan dapat merekabentuk tugasan-tugasan dan ujian-ujian dalam pelbagai cara, dan guru akan berasa lebih yakin terhadap dirinya kerana pelajar-pelajar telah diberi peluang belajar dengan cara yang disenangi mereka.

Swisher dan Deyhle (1989) mengkaji hubungan antara stail belajar dengan gaya perbezaan interaksi pelajar-pelajar Indian dan Peribumi Alaska. Mereka mendapati stail belajar adalah berbeza tetapi pengajaran adalah sama menghubungkaitkan contoh-contoh bilik darjah yang sesuai, dan dapatan kajian mendapati pengaruh budaya mempengaruhi gaya pembelajaran mereka.

Menurut Sharifah (2000), pelajar di Malaysia terdiri daripada berbilang latar belakang dan budaya. Hal ini banyak mempengaruhi tingkah laku pelajar kerana mereka bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan, stail belajar yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya mereka.

Dalam hal ini, pengenalpastian awal pelajar berpencapaian tinggi atau rendah memainkan peranan penting dalam peningkatan akademik mereka. Oleh itu, pengetahuan guru tentang stail belajar pelajar ini dapat membantu guru merancang pengajaran yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Pelajar di Malaysia yang berbilang bangsa dan etnik, tentunya mempunyai stail belajar yang terdapatnya unsur persamaan dan perbezaan dalam kalangan mereka. Selain itu, dengan mengetahui stail belajar pelajar ini guru dapat merancang pengajaran mereka bersesuaian dengan minat dan cara mereka belajar, dan dengan ini akan merangsang mereka ke arah menerokai potensi diri mereka sepenuhnya. Keep Reading →

6 Teknik Pecutan Terakhir Sebelum Exam

UNTUK pelajar yang masih menuntut, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan. Untuk berjaya, tak kira siapa pun anda, peperiksaan adalah suatu perkara yang wajib ditempuh.

Dalam hidup pun ada ujian-ujiannya. Dan semua itu jika mampu dijalani dengan secemerlang yang mungkin, insya-Allah anda akan menjadi manusia yang paling berjaya di atas muka bumi ini.

Fokus saya kali ini adalah untuk berkongsi 6 tip penting buat semua pelajar-pelajar yang masih menuntut. Tak kira di sekolah mahu pun di IPT. Bagaimanakah persediaan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk baki sebulan atau seminggu terakhir sebelum peperiksaan.

Ini yang saya sebut sebagai tip pecutan terakhir!

1. Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari.

Langkah pertama dalam persediaan pecutan terakhir ini ialah dengan menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, anda akan nampak gambaran awal sejauh mana anda perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang anda ada.

2. Tandakan soalan-soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan

Ambil pen atau apa-apa pensel warna, dan kemudian tandakan bahagian mana yang penting daripada tajuk-tajuk yang anda senaraikan tadi. Bab-bab yang penting ini bermakna bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan. Jangan tandakan semuanya. Ambil yang benar-benar kerap keluar dalam exam. Biasanya, soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan adalah berulang-ulang. Ia berulang sebab memang perkara itu yang amat perlu untuk difahami dan dikuasai untuk alam pekerjaan nanti (bagi mahasiswa) dan penting sebagai pengetahuan masa depan anda suatu hari nanti (bagi pelajar sekolah).

3. Semak semula nota anda.

Sebelum membaca buku-buku rujukan atau bab-bab yang lazim keluar dalam peperiksaan, baca dulu nota yang anda tulis sejak awal tahun. Nota ini perlu dibaca dulu sebab biasanya nota ini ditulis dengan ringkas. Dapatkan dulu gambaran awal tentang kesemua bab yang perlu ditekankan. Baca semua bab sepintas lalu. Tak perlu memfokus pada satu-satu bab. Pada level ini, anda hanya perlu memahamkan sahaja dulu, bukan untuk menghafalnya.

4. Baca bab-bab dan tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan yang lepas.

Setelah anda membaca sekali imbas kesemua tajuk yang anda pelajari di dalam nota tulisan anda, mulakan pembacaan secara fokus kepada soalan-soalan penting sahaja. Sebenarnya, tidak semua yang anda pelajari dari awal tahun itu benar-benar penting. Ada bab hanya untuk anda fahami konsepnya sahaja. Ada bab lain untuk anda kuasai basicnya saja. Dan yang sesetengahnya pula memang amat-amat penting untuk anda kuasai. Dan bab-bab seperti inilah yang acap kali keluar dalam peperiksaan. Jadi, jangan sampai terlepas pandang. Mesti baca. Mulakan pembacaan secara fokus dengan bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan! Keep Reading →

21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. Keep Reading →

Aku, Cinta dan Kampus

Aku masih ingat kala itu, di saat aku begitu gembira dapat lepas jauh dari jangkauan kedua-dua ibu bapaku. Inilah kebebasan yang aku impikan selama ini. Atas maksud belajar, aku dilepaskan pergi berbekal iman senipis kertas dan ilmu agama setitis dakwat.  

Tanpa aku sedar, iman dan ilmu yang begitu rapuh bakal mengundang padah diriku yang masih belum bersedia menongkah arus lautan maksiat yang begitu deras di kampusku.

Namun itu tidak bererti pada ku. Apa yang penting aku dapat mengecap kebebasan yang aku inginkan selamanya. Saat aku mengecap kebebasan itu, aku rasakan inilah manisnya dunia.

Pakaianku sudah berubah dari berbaju kurung sopan kepada fesyen gadis moden bergaya walaupun aku terpaksa menampakkan aset diriku yang dikhususkan untuk suamiku.

Namun aku tidak kisah. Aku tidak mahu digelar gadis kampung yang kolot dengan mengenakan pakaian sopan tersebut. Aku sekarang berada di bandar, tiada siapa yang akan menghiraukan apa yang aku lakukan walaupun Keep Reading →

3 Kepentingan Kem Motivasi

Antara kepentingan Kem Motivasi ialah untuk memantapkan faktor-faktor yang positif kearah mencapai tingkah laku yang diigini, iaitu:

1. Kem motivasi menambah kesan faktor kekeluargaan dalam mencorakkan perkembangan pelajar secara pendekatan autoritatif yang menanam sikap positif yang mendorong kea rah pencapaian harga diri yang tinggi.
2. Kem motivasi membantu menyumbang kepada faktor rakan sebaya melalui aktiviti berpasukan. Aktiviti seumpama ini meningkatkan kemahiran menyesuaikan diri dalam kumpulan secara khususnya dan dalam kelompok semua peserta secara umumnya.
3. Sekolah sebagai ejen sosialisasi dapat diadaptasi dalam kem-kem motivasi. Contohnya, peserta kem dapat belajar mematuhi norma dan peraturan-peraturan dalam populasi barunya semasa menyertai kem. Ini kerana, sepanjang kem berlangsung, nilai-nilai disiplin yang ketat perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Pada waktu ini, nilai-nilai yang diingini perlu diterapkan supaya peserta mengawal tingkah laku yang diharapkan dan seterusnya memenuhi kehendak masyarakat.

Hasilnya, kem-kem motivasi seumpama ini diharapkan dapat melahirkan pelajar ataupun rakan sebaya yang prihatin serta mampu meningkatkan nilai individu ke tahap yang lebih tinggi.

Petikan: Buku Panduan Melaksanakan Kem Motivasi

4 Tip Meningkatkan Daya Ingatan

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.  Antaranya ialah:

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.