Buluh Cina

 

Salam Sejatera…

Kali ini saya akan menceritakan kepada anda tentang satu kisah seorang penanam buluh cina yang menanam buluh di ladangnya di negara China. Penanam buluh ini kemudian menunggu buluh itu mengeluarkan hasil.

  1. Tahun pertama tiada apa yang tumbuh.
  2. Pada tahun kedua masih lagi tiada apa yang tumbuh.
  3. Tiga tahun sudah berlalu pun begitu juga.
  4. Sudah empat tahun pun masih tak tumbuh.

Akhirnya pada tahun kelima, terdapat berjuta-juta batu sistem akar di bawah tanah dan apabila buluh itu tumbuh, ia tumbuh lebih daripada sekaki sehari. Dalam masa enam minggu sahaja, tingginya lebih daripada enam puluh kaki.

Jadi petani itu menuai buluh itu dan menjadi kaya-raya. Apa yang pengajaran yang kita dapat dapat daripada cerita ini ?

Kejayaan yang luar biasa didahului oleh persediaan mental yang luar biasa, walaupun tidak kelihatan.

Merancang Perjalanan Anda

Salam Sejahtera…

Anda perlu mengatur perjalanan kehidupan anda dengan begitu teratur sekali. Ini adalah perjalanan yang paling penting dalam hidup anda dan sudah tentu anda mahu merancang perjalanan atau merancang proses menuju matlamat hidup anda dengan cara saintifik.

Disini saya cuba berikan satu analogi, jika anda hendak mengubah diri anda untuk menjadi lebih baik. Bayangkan sekarang anda adalah seorang arkitek. Apakah langkah yang perlu diambil oleh seseorang arkitek untuk membina semula sebuah bangunan ? :

  1. Menentukan apakah yang ingin anda capai.
  2. Memikirkan perkara-perkara ingin anda capai.
  3. Memikirkan perkara-perkara yang ingin dialih daripada bangunan itu supaya anda dapat melaksanakan rancangan untuk pembinaan semula.
  4. Anda perlu memusnahkan sesuatu sebelum anda mula membina semula bangunan baru.

Cuba kaitkan proses diatas dengan rancangan yang anda ikuti di dalam membina semula kehidupan anda. Anda akan membuat keputusan apakah yang anda tidak ingin sebelum menentukan apakah yang anda mahu. Seterusnya, menulis rancangan anda di atas sehelai kertas supaya anda dapat mengkaji dan menyempurnakannya.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Mengenali Personaliti Diri

Salam Sejahtera…

Setiap daripada kita adalah berbeza di antara satu sama lain. Setiap individu adalah unik. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh persekiran dan perwarisan yang berbeza menjadikan kita berbeza-beza. Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik. Ia terus berkembang dan boleh berubah.

Konsep personaliti sebenarnya merangkumi semua unsur yang bersifat psikologi yang terdapat dalam pemikiran, persepsi, fobia, pencapaian, motivasi, sikap, nilai, kepercayaan, keupayaan, perangai, tabiat dan watak.

Mengenal pasti personaliti diri adalah merupakan satu aset yang amat penting dalam diri kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Kebanyakkan daripada kita tidak menyedari langsung tentang personaliti yang terdapat dalam diri kita.

Walaupun kadang kala kita merasakan diri kita sebagai orang yang pemalu tetapi pada pandangan orang lain kita tidaklah seperti yang kita sangkakan. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Kajian-kajian dalam bidang psikologi mengenai personaliti telah banyak dibuat di seluruh dunia.

Sekian dahulu untuk kali ini…

Tips Mula Berniaga

Saya ada menerima satu email rigkas yang bertanya tentang tips untuk memulakan perniagaan. Lalu terlintas saya untuk berkongsi beberapa tips yang saya kutip daripada pengalaman saya. Sebenarnya saya bukanlah ahli perniagaan, cuma saya rasa saya mempunyai sedikit cerita untuk dikongsi dengan anda sekalian.

Tips berniaga yang saya dapat apabila terlibat dengan Pesta Konvokesyen UKM ketika saya belajar. Rasa-rasanya apa yang saya jual? :-) Hehe saya dan kawan saya terlibat menjual ice blended. Boleh dikatakan perniagaan kami sangat berjaya. Masakan tidak, pelanggan kami tidak putus-putus daripada pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Padahal gerai lain pula nak dapat satu pelanggan pun susah.

Setelah diamati saya rasa ini mungkin tips berniaga yang ‘best’ bagi anda ingin memulakan perniagaan.

1. Ketahuilah dalam business apa yang paling penting adalah profit. YA, sebab itulah anda memasukinya. Anda bukan masuk untuk melakukan sedekah, tujuan anda berniaga adalah untuk profit. Bukan maksudnya di sini anda tidak boleh bersedekah, ianya boleh, tetapi anda perlu tahu matlamat anda. Anda perlu tahu berapa keuntungan anda. Adakah ianya berbaloi?Jika tidak, pada pendapat saya, lupakan sahaja. Ianya akan membuang masa anda. Seperti mana yang dikongsi dalam One Miniute Entrepeneur tentang perniagaan. Menurut buku ini, apa yang paling penting adalah profit. So kepada anda yang ingin berniaga, please has business mindset.

2. Ketahui pasaran anda. Ini paling penting. Anda mesti tahu permintaan anda. Adakah disitu wujudnya permintaan anda. Untuk pengetahuan anda, sebelum  itu kami ada cuba menjual di pasar malam. Namun begitu ianya boleh dikatakan sesuatu kegagalan. Sebabnya kami tidak mengikut kehendak permintaan. Minda pembeli disitu adalah berdasarkan barangan yang berharga RM1. Mereka tidak kisah untuk membeli barangan berharga RM1. Tetapi jika harga barangan adalah RM2 ianya akan menyebabkan mereka berfikir 2 kali juga. Tujuan mereka sebenarnya adalah makanan disamping ingin menjimatkan wang.  Suasana pasar malam itu turut mengambarkan kepada perpspektif bahwa di situ adalah tempat yang murah. Sebab itulah mereka agak memilih sedikit. Tetapi berlaianan pula di Pesto Konvokesyen. Mereka tidak kisah untuk mengeluar RM 2 untuk membeli ice  blended yang berharga RM2. Sebabnya tujuan mereka untuk berjalan dan enjoy. Maka sebab itulah ,mereka tidak kisah sangat. Kesimpulannya, betapa pentingnya mengetahui ciri-ciri pasaran anda.

3. Selalu menjawab persoalan ” mengapa pelanggan perlu membeli daripada anda dan bukan orang lain” Ini antara soalan yang sering bermain di minda kami. Untuk pengetahuan anda masa konvokesyen tu rasanya terdapat 3 kedai lain yang menjual ice blended. Oleh sebab itulah kami sentiasa mencari jawapan kepada persoalan ini. Ketahuilah keunikkan produk anda. Apa yang menjadi tarikan dan mengapa mereka perlu membeli daripada anda.Keunikkan barangan kami adalah ianya murah. Kami menjual pada harga RM2 sahaja padahal produk itu berharga dan bersesuaian dijual pada harga antara RM2.50-RM3.

4. Margin keuntungan besar. Semakin besar margin keuntungan semakin baik. Contohnya di sini margin keuntungan kami adalah RM1. Iaitu 100%. Kami menjual produk kami pada harga RM2. Harga kos kami pula adalah RM1. Maka keuntungan kami adalah RM1. Biasanya untuk produk makanan, margin keuntungannya adalah 50-100. Kalua air lagi banyak.

5. Jimatkan kos anda.Perlu diketahui antara faktor pelanggan membeli adalah disebabkan kualiti dan harga yang bersesuaian. Jadi walau apapun anda perlu mengekal kualitinya disamping harga yang best. Persoalannya disini adalah bagaimana anda ingin menjimatkan kos disamping margin keuntungan yang tinggi. Cara yang team saya guna adalah membeli direct daripada pemborong barangan tersebut dan bukannya daripada pembekal ice blended. Maksunya di sini, kami membeli perisa tersebut daripada pemborong perisa, kami membeli cawan daripada apemborong cawan. Kami tidak membeli daripada pemborong pakej ice blended sebab kami tahu pasti sedikit keuntungan telah diambil oleh mereka.Dengan membuat demikian kami telah berjaya menjimatkan lebih kurang 40% kos dan seterusnya meningkatkan lagi margin keuntunagn kami.

Hehe, rasanya sampai situ sahaja rasanya tips saya kali ini. Nanti boring pula anda membacanya. Apa kata anda  pula kongsi juga pandangan anda tentang tips perniagaan. Mungkin ada antara kita mempunyai tips menarik untuk dikongsi.

Kredit: Dr Inspirasi

Kisah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Salam Sejahtera…

Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?  Beliau merupakan seorang usahawan yang cukup popular dengan kemurahan dan sumbangan kepada masyarakat. Beliau merupakan idola saya dalam bidang perniagaan. Kerana sikapnya yang rendah diri, seorang manusia yang kalau boleh hendak mengelak dari ‘publisiti’, kamera dan temuramah. Kalau diikutkan beliau adalah antara 10 orang terkaya di Malaysia.

Kita lihat bagaimana pemikiran Syed Mokhtar dibentuk sejak dari kecil lagi. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, sehingga terpaksa berhenti sekolah, Syed Mokhtar tidak pernah berputus asa. Beliau membantu keluarganya dengan membuat bisnes kecil-kecilan. Dari situlah bermulanya minda usahawan beliau.

Bermula dengan menjual dan mengedarkan beras, semangat untuk berjaya terus membara. Beliau melibatkan diri di dalam jual-beli, logistik dan perkapalan. Apa yang penting di sini ialah kita lihat persepsi Syed Mokhtar terhadap duit yang ditanam oleh ibu bapa beliau. Kata mereka, “Duit yang kamu dapat itu adalah kepunyaan orang miskin dan orang susah.”

Selain itu beliau pernah berkata “ Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.”

Pada 1996, Syed Mokhtar menubuhkan Yayasan Al- Bukarhary bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang mana beliau merupakan penyumbang tunggal. Yayasan ini membiayai mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik kepada lebih 20 ribu pelajar setiap tahun serta memberi Biasiswa Kolej kepada 300 pelajar di lebih 40 buah negara. Di antara 1996 dan 2006, Yayasan Al- Bukhary sudah menyumbang lebih 1 billion untuk pelbagai aktiviti.

Sekian dahulu untuk kali ini…

ps:  Adakah saudara juga mempunyai idola seperti saya ?

Cara-cara Membentuk Sikap Positif

 

Salam sejahtera..

Kali ini kita akan membincangkan tentang motivasi diri sikit iaitu cara-cara membentuk sikap positif yang saya petik dari buku Panduan dan Strategi Motivasi Diri. Pembentukan sikap positif adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan diamalkan mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tempat. Cara berikut boleh dijadikan panduan dan membantu seseorang itu memupuk, membentuk dan mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan:

Pertama: Mulakan setiap hari dengan tabiat yang positif seperti bersyukur kerana masih boleh meneruskan kehidupan, senyum, ceria, mendengar berita yang positif seperti mendengar berita, mengucapkan salam atau selamat sejahtera kepada orang lain.

Kedua: Baca sesuatu yang boleh memberi ispirasi sama ada dalam bentuk ayat, perkataan, mesej atau cerita, buku, laman web dan sebagainya. Ini turut memberi semangat dan keyakinan diri di samping memupuk sikap positif.

Ketiga: Bertemu dan bergaul dengan mereka yang turut mempunyai sikap yang positif termasuklah mereka yang boleh memberi galakan, kata-kata perangsang, inspirasi dan dorongan.

Keempat: Buatlah yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru. Tanamkan komitmen dan dedekasi dalam apa sahaja perkara yang dibuat.

Kelima: Menghargai setiap apa yang ada disekeliling seperti di tempat kerja, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekian dahulu untuk kali ini. Wasalam…

Keusahawanan

 

Salam Sejahtera…

Sudah lama rasanya, saya tidak menulis entry baru di blog ini. Kali ni kita akan membincangkan  tentang apa sebenarnya usahawan. Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba manakala dalam bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’.

Menurut kamus dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu  pekerjaan. Keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji.

Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Walaubagaimanapun bidang keusahawanan bukan sesuai untuk semua orang. Untuk menjadi seorang usahawan berjaya kita perlu mempunyai ilmu dan kemahiran.

Sekian dahulu untuk kali ini.