Umur 23 Tahun Dapat Tawaran Sambung PhD

Nurliyana Mohd Yusof, dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong Baling Kedah pelajar genius pada umur 23 tahun beliau mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang ekonomi telah mengejutkan seluruh penduduk kampungnya.

Anak kedua pasangan Mohd Yusof Hussin, 49, dan Norsiha Amir, 48, cemerlang dalam akademik dan kokurikulumnya membuatkannya terpilih untuk mengikuti ­pengajian peringkat PhD. Nurliyana berkata, tawaran itu adalah hadiah paling bernilai kepadanya dan keluarga untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup serba sederhana.

“Tawaran ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya ­tidak menyangka akan terpilih untuk melanjutkan pengajian setinggi ini,” katanya. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UUM itu turut berbakti kepada penduduk kampungnya dengan menganjurkan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Ilmu yang dimiliki adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Jadi, sesuai saya membantu penduduk kampung ini dalam pelajaran mereka. Kini, saya perlu menyambung pelajaran. Sekiranya tamat pengajian kelak, saya ­terus membantu mereka yang memerlukan terutama dalam pelajaran,” katanya kepada wartawan.

Nurliyana yang bercita-cita menjadi penganalisis ­ekonomi itu tidak pernah menjadikan kekangan hidup sebagai halangan kepadanya.“Bagi saya, tumpuan dan latihan adalah perkara yang paling penting. Usaha dan doa kita akan mendapat hasil yang setimpal,”

Sumber: Sinar Harian Online

Albert Einstein Saintis yang terkemuka di dunia

Gurunya sering mengatakan dia adalah cacat otaknya (mentally retarded). Dia tidak pernah memakai setokin dan selalu lupa memotong rambut. Pada masa dewasanya, dia telah menjadi seorang saintis dan profeser yang tidak ada orang yang setanding dengannya pada zaman tersebut.

Ia menguasai banyak bidang termasuk matematik, fizik, astronomi dan lain-lain. Ia terkenal dengan penjelasan teorinya “the relativity of time ” iaitu mengenai alam semester yang bersandarkan prinsip bahawa pengukuran ruang dan masa adalah sama.

Hanya beberapa orang sahaja di dunia yang mampu memahami penjelasan teorinya kerana memerlukan asas matematik dan fizik yang kukuh. Hanya segelintir manusia yang setanding dengan ilmunya.

Nasib baik guru-gurunya yang mengutuknya semasa ia bersekolah tidak hidup lagi semasa ia terkenal sebagai orang yang terbijak di dunia, jika tidak mereka terpaksa menelan kata-kata kesat yang mereka melontarkan atasnya.

Kesimpulannya, walaupun pada zaman kanak-kanak dianggap kurang cerdik dan dihina oleh orang termasuk guru-gurunya sendiri. Albert Einstein tetap berusaha untuk memajukan dirinya. Oleh itu kepada adik –adik yang masih berada dibangku sekolah yang merasakan bahawa dirinya lemah dalam bidang akademik, tidak boleh berfikiran negatif tentang masa hadapan. Kita perlu terus berusaha untuk memajukan diri sendiri kerana setiap individu ada keunikan dan kekuatan tersendiri.

Bersama Dr Tengku Asmadi Cabar Diri Untuk Berjaya

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan. Keep Reading →

Objektif iluvislam Bukan Untuk Ajak Ummah ‘Masuk’ PAS, PKR atau UMNO

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, dakwah adalah usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Seorang cerdik pandai Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah, 5 tahun lepas, semasa saya dan 4 orang ‘co-founders’ iluvislam yang lain merancang untuk memulakan satu usaha dakwah online (kami di minggu-minggu akhir pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM), tujuan kami hanyalah satu; dakwah! Keep Reading →

Pekerja tak mahir lebih kerap lompat kerja

KUALA LUMPUR — Kecenderungan lompat kerja lebih kerap berlaku di kalangan pekerja tidak mahir serta buruh di ladang, restoran, dan kilang, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Katanya, lompat kerja juga sering berlaku di kalangan pencari kerja generasi muda, terutama mereka yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sumber Manusia Kebangsaan di sini semalam, menteri itu berkata, antara sebab berlaku hal itu ialah kurangnya peluang untuk meningkat maju dalam kerja mereka.

“Saya rasa ini adalah masalah sikap yang perlu kita perbetulkan. Memang benar kita mempunyai banyak pekerjaan dan peluang di Malaysia tetapi terpulang kepada generasi muda menggunakan peluang ini,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Kosmo Online

Tema Maulidur Rasul 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Contohi perjuangan Rasulullah S.A.W: Tuanku Abdul Halim

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menitahkan umat Islam di Malaysia mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W. selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah yang berjaya mendidik, memimpin serta membawa masyarakat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat yang memiliki keimanan kental dan ketinggian ilmu.

Baginda bertitah kegigihan Rasulullah dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zamannya mahupun zaman Khulafa ar-Rasyidin serta sesudahnya sehingga mampu mencapai satu tamadun gemilang.

“Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini Persefahaman Asas Perpaduan Ummah dirasakan bertepatan dengan situasi kehidupan umat Islam pada hari ini yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran semasa.

“Contohilah keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T ke arah melahirkan masyarakat Islam yang hebat serta menjadi contoh teladan dunia,” titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.

Sumber: Berita Harian Online

Enggan ajar anak hidup mewah

PENAMPILAN wanita kepada empat cahaya mata ini cukup sederhana. Tanpa secalit solekan mahupun gincu pada bibir, wanita berdarah campuran India di sebelah datuk dan Cina sebelah nenek ini masih menawan dengan mengenakan padanan blaus dan skirt labuh.

Walaupun bergelar isteri kepada jutawan Internet, Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi, 34, atau lebih dikenali sebagai Irfan Khairi, Shazrina Yusof, 36, tidak pernah menjadikan status diri untuk bermegah-megah atau tampil mewah sama ada dalam penampilan mahupun kehidupan.

Buktinya, walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), dia tidak pernah mempunyai pembantu rumah, malah menguruskan anak-anak dan keluarga dengan bantuan suami.

Walaupun berpendapatan mencecah lima angka sebulan, bagi pasangan suami isteri ini menguruskan keluarga dengan melihat anak-anak membesar di depan mata adalah pengalaman paling berharga dan sukar dicari ganti.
“Saya sendiri memilih untuk menjaga anak-anak tanpa mengambil pembantu rumah atau menghantar mereka ke rumah pengasuh. Ini kerana ketika melahirkan anak pertama di England, semuanya saya uruskan sendiri dan selepas berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan menjaga anak bersama-sama selepas kembali ke Malaysia,” kata Shazrina.
Sebagai Pengarah Urusan IKSB yang menjaga pengurusan syarikat termasuk kewangan dan pentadbiran, setiap hari masanya padat diisi dengan urusan pejabat dan kerja rumah.

Rutin harian Shazrina bermula seawal jam 5 pagi dengan menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap kemudian menghantar empat anaknya, Ilham Abadi, 10, Kasih Kamilia Abadi, 8, Ikhlas Abadi, 6 dan Cinta Strawberry Abadi, 4, ke sekolah. Keep Reading →